Orang Baik Juga Ada Sikap Buruknya, Ini Antara 5 Sikap Yang Disembunyikan

sikap buruk orang baik, sikap buruk yang disembunyi orang baik

Setiap orang suka apabila dilayan secara baik dan akan melayan dengan baik. Bersikap baik bukanlah sekadar tentang sifat kita, namun bagaimana tindakan kita terhadap segala urusan harian yang kita lalui. 

Kadang jadi seorang yang baik itu bukanlah semudah yang kita fikirkan. Dalam usaha untuk lakukan kebaikan dalam segala hal dalam urusan harian pastinya akan ada perkara buruk yang dilakukan tanpa sedar. 

Apa perkara buruk yang tanpa sedar orang baik lakukan ini? 

Mudah Salahkan Diri Sendiri
Kebaikan, menjadikan diri mudah merasa sedih dan kecewa ketika melakukan kesalahan yang membahayakan diri sendiri atau juga orang sekeliling. 

Orang seperti ini tidak akan memaafkan diri mereka sendiri, kerana mereka selalu ingin memberi faedah untuk orang lain, bukan menimbulkan masalah untuk orang lain. 

Oleh itu, mereka sangat berhati-hati dalam bertindak agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Tak Suka Beri Pandangan
Kalau anda ada kawan yang baik dan sangat memahami anda, pernah anda lihat dia menolak apa yang anda inginkan atau pandangan anda?

Orang baik ini sifatnya jarang berkata tidak atau menolak pandangan atau ajakan. Mereka ini lebih cenderung untuk mengiyakan sesuatu pandangan atau ajakan dari orang lain walaupun belum tentu baik bagi mereka. 

Mereka berbuat demikian kerana tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan atau perdebatan tentang sesuatu perkara. Bagi mereka menurutkan sahaja apa yang anda lakukan merupakan jalan yang mudah. 

Sembunyi Masalah Peribadi
Mereka tidak akan menunjukkan sisi buruk di hadapan anda, sebaliknya mereka akan menunjukkan sisi baik di hadapan anda. 

Bukan kerana mereka tidak baik atau sombong, tetapi kerana mereka tidak mahu menjadi orang yang menyusahkan. 

Mereka lebih suka menolong orang lain untuk menyelesaikan masalah, daripada meminta pertolongan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mudah Rasa Cemas
Orang yang baik akan menjaga emosi negatif mereka dan memilih untuk tidak meluahkan terhadap sesiapa pun.

Kesannya, mereka menjadi cemas dengan keadaan di sekeliling mereka. Walaupun mereka merasa sakit hati atau tertekan, mereka lebih suka menahannya daripada harus menyatakannya. 

Jadi, anda juga harus peka dengan keadaan rakan anda seperti ini kerana mereka sangat memerlukan sokongan orang sekelilingnya.

Hubungan Percintaan Yang Biasa
Seperti dinyatakan, anda pasti ingat bahawa orang baik akan selalu menutup keburukan mereka. Sikap ini juga sering dibawa dalam hubugan cintanya. Mereka bahkan sanggup menjadi orang lain untuk membahagiakan pasangan mereka.
 
Benar sikap ini tidak bagus dalam hubungan. Pastinya tidak semua seperti ini kerana ada juga yang akan memilih untuk menjadi diri sendiri apabila bersama dengan orang yang disayanginya.