PC Anda Selalu Lagging? 3 Cara Mudah Untuk Perbaiki Kelajuan.



Tahun 2020 zaman dunia semakin canggih dengan teknologi yang sentiasa dikemaskini. Setiap orang pastinya memiliki sebuat PC atau laptop untuk kegunaan peribadi. Kebiasaannya bagi golongan muda menjadikan PC untuk kegunaan bermain games, biasa games popular yang kita dengar seperti Counter Strikes, Dota, PUBG dan sebagainya. Manakala bagi golongan dewasa pula menjadikan PC untuk melayari Facebook, Youtube atau Blog sebagai bahan bacaan dan mendapatkan ilmu dan berita terkini.

Kadangkala apabila berlakunya lag atau masalah sistem PC yang lembab pasti membuatkan kita stress.  "Yela kan..tengah syok syok pakai boleh sangkut pulak..haishh.."

Di sini kami ingin berkongsi beberapa cara-cara bagi mengelakkan daripada berlakunya lagging yang melampau apabila kita menggunakan PC. Walaupun anda tidak memiliki background dalam bidang IT tetapi teknik dan cara untuk menambahbaik sistem kelajuan komputer tidaklah susah seperti yang anda sangkakan. Anda boleh mencuba beberapa tips yang kami kongsikan di bawah.

Mengembalikan kelajuan komputer anda seperti asal.

Perkara pertama yang anda harus ambil tahu untuk membezakan adalah software dan hardware. Kedua-dua ini memainkan peranan yang berbeza dan saling memerlukan antara satu sama lain. Sekiranya kedua bahagian ini sama taraf maka ia lebih compatible dalam menyelesaikan masalah lagging atau delay semasa penggunaan pada kadar yang hampir maksimum.

Hardware boleh kita kenalpasti dengan mudah kerana ianya berbentuk fizikal seperti mouse, keyboard, monitor dan CPU. Manakala Software pula tidak berbentuk fizikal ianya adalah sistem dalaman seperti Microsoft, Chrome browser dan windows. Dua benda asas ini perlu kita tahu terlebih dahulu punca masalah pada cpu.

Simpanan data atau Data storage 

Ada 3 jenis data storage mengikut waktu pengeluaran, pertama HDD seterusnya SSD. Kedua-dua hardware ini mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menyimpan segala jenis data yang diperlukan tetapi kedua-dua ini berfungsi dengan kelajuan berbeza. HDD ini menggunakan wayar jenis SATA untuk menghubungkan komponen storage ke motherboard(MOBO). Perlu anda kenalpasti jenis komponen dan jenis wayar atau penghubung. Kelajuan HDD terbatas kerana ianya masih menggunakan disk rotation sebagai medium asas untuk membaca data-data yang terkandung didalamnya. Cukup anda tahu HDD menggunakan alatan mekanikal seperti spindle dan disk, berbeza pula dengan SSD ianya tidak memerlukan alatan yang sama. Oleh kerana teknologi yang baharu ini tidak memerlukan alatan mekanikal bagi membaca data, ini menjadikan SSD lebih bagus dari segala aspek berbanding HDD. 

Walaupun SSD menggunakan penghubung sama seperti HDD iaitu SATA(cable/wayar) tetapi komponen dalaman yang berbeza menghasilkan perbezaan yang mencapai hingga 10 kali ganda kelajuan atau lebih. Meskipun kelajuan SSD SATA telah memberi perbezaan yang ketara namun masih ada yang mampu menandingi kelajuan SSD SATA iaitu SSD NVMe. Kedua-dua alat ini berbeza dari segi penghubung iaitu SATA dan NVMe. SATA hanyalah menyokong sehingga 550MB/s manakala NVMe memberi sokongan sehingga 30-100 mikro-saat. Kelajuan ini tidak dapat kita bezakan kerana 
penggunaan NVMe masih belum diperlukan, cukup sekadar SSD SATA bagi menampung penggunaan seharian.

System Restore dan Cleaning 

Sedia maklum apa sahaja kegunaan sekiranya tidak ada maintenance atau penyelenggaraan sudah pasti akan menimbulkan banyak masalah termasuk PC anda walaupun anda hanya menggunakan jarang-jarang apatah lagi kerap. Pelbagai aplikasi percuma dan features yang kita boleh dapati untuk mencuci cache atau temporary files bagi melancarkan penggunaan. Sekiranya masih belum mencapai kepada tahap optimum anda boleh malakukan hard reset dengan install semula windows dan buang semua folder yang tidak digunakan terutama di ruangan dekstop. Jika reinstall tidak meyakinkan, anda boleh uninstall semua program yang tidak digunakan di aplikasi control panel kemudian uninstall. Gunakan semua aplikasi yang terkini bagi mengelakkan gangguan delaying atau lagging.

Update Driver

Pastikan anda klik auto update pada semua driver anda supaya segala kemaskini sistem boleh dilakukan dengan sistematik. Sekiranya anda ingin memilih secara manual anda boleh sahaja taipkan 'device manager' di carian taskbar atau ruangan pencarian (search) di bawah kiri, seterusnya akan ada pop-up window dimana semua driver boleh dikemaskini. Update driver sangat penting terutama Graphic Processing Unit (GPU) kerana perfomance bergantung pada latest atau tidak sesuatu driver itu. GPU ini penting pada jenis kerja rendering atau kualiti gambar yang dipaparkan pada monitor. Pastikan juga semua aplikasi yang sering anda guna sentiasa dalam patch terkini.

3 cara ini sangat berkesan mengembalikan kelajuan asal komputer anda dan menambahbaik kelajuan sedia ada. Sebelum anda memulakan sebarang langkah pastikan anda betul-betul memahami konsep dan cara kerja sesebuah komputer bagi mengelakkan berlakunya faulty.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.