Penggunaan Minyak Wangi Menjadi Rutin Harian Kita, Ini Kesalahan Cara Memakai Minyak Wangi.


Penggunaan minyak wangi menjadi rutin harian anda, dengan hanya beberapa semburan anda akan rasa segar sepanjang hari. Namun terdapat kesalahan cara memakai minyak wangi, antaranya :

1. Menggosok Minyak Wangi Selepas Disembur

Bagi minyak wangi jenis semburan, jangan digosok minyak wangi itu selepas disembur kerana molekul minyak wangi akan pecah seterusnya menyebabkan bau minyak wangi menjadi kurang tahan lama.

2. Simpan Minyak Wangi Di Tempat Terlalu Panas Atau Sejuk

Anda terfikir mengapa minyak wangi anda tak menghasilkan bau yang maksima dan tidak tahan lama. Sebabnya, mungkin anda menyimpan minyak wangi di tempat yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu panas.

Sebaliknya, letakkan minyak wangi anda di tempat gelap bersuhu bilik yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi minyak wangi itu.

3. Sembur Minyak Wangi Pada Kulit Kering

Keadaan kulit lembap akan membuat keharuman minyak wangi tahan lebih lama. Jadi, sapukan losyen pada tubuh anda sebelum mengenakan minyak wangi.

Ataupun, anda boleh sapukan Vaseline pada permukaan kulit sebelum mengenakan minyak wangi. Campuran kedua-dua bahan ini akan membuat minyak wangi anda tahan lebih lama.

4. Pakai lebih daripada satu minyak wangi pada masa sama

Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian bau tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih dari satu pada masa sama, ia akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Oleh itu, elakkan daripada mengenakan lebih daripada satu jenis minyak wangi pada masa sama kerana ia menjejas keharmonian bau. Minyak wangi berkesan pada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, 7 tempat ini sangat sesuai untuk dikenakan minyak wangi:


1. Belakang telinga
2. Nadi pada sendi tangan
3. Siku
4. Ruang bawah dada
5. Celah paha
6. Belakang lutut
7. Pergelangan kaki