Penyakit Resdung Mengganggu Aktiviti Seharian Anda?. Petua Untuk Meredakannya.


Anda sering mengalami selesema yang berpanjangan?, kadang hidung terasa sensitif dengan perubahan cuaca dan persekitaran adalah tanda bahawa anda mengalami masalah resdung. Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir ke dalam hidung .

Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan pembiakan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda terjejas.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tips yang boleh digunapakai bagi merawat masalah resdung.

Aloe vera
Mungkin selama ini kita hanya tahu khasiat aloe vera atau dipanggil sebagai lidah buaya yang digunapakai bagi merawat rambut. Namun faktanya, aloe vera juga boleh digunakan untuk mengubati resdung kerana mengandungi sifat antiseptik.

Caranya adalah dengan menitiskan lendir atau gel aloe vera pada hidung. Agar lebih berkesan, minumlah rebusan  air aloe vera secara teratur.

Daun pandan dan limau nipis
Cara menghilangkan resdung menggunakan daun pandan dan limau nipis ini sangat mudah dibuat. Anda hanya perlu siapkan 8 biji limau nipis dan 10 helai daun pandan.

Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, tapis airnya untuk memisahkan bijinya dan campurkan air perahan limau dengan daun pandan.

Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sampai tertinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu.

Basuhkan air tadi ke wajah anda, elakkan terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi sekali. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selepas selesai, cuci wajah anda dengan air biasa.

Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Anda harus menahan kerana kesannya sangat pedih tetapi tidak terlalu teruk. Namun masih ada kesan yang berbeza-berbeza pada setiap individu dan juga keadaan resdung anda. Jika anda tidak berani untuk mencuba petua ini, sila rujuk pakar terlebih dahulu.

Cuka epal, limau dan madu
Cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.

Kunyit atau halia
Kedua-dua bahan ini biasanya mudah dijumpai di rumah. Kunyit terkandung sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan.

Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus yang terdapat pada hidung serta turut membantu mengurangkan tekanan di bahagian wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia adalah menenangkan perut.

Tuala lembap panas.
Celupkan tuala ke dalam air panas, lalu peras airnya. Letakkan tuala untuk menutupi atau menekapkan ke wajah anda. Cara ini dapat membantu menggalakkan kulit agar mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

Oleh itu, amalan ini dapat sedikit sebanyak meredakan penyakit resdung dan menyegarkan kulit wajah anda. Apa yang penting adalah anda lakukannya secara konsisten. Semoga tips ini bermanfaat. Selamat beramal.