Penyebab Hidung Berdarah Dan Cara Mengubatnya


Hidung berdarah adalah perkara biasa yang terjadi pada manusia. Ianya mungkin menakutkan, tetapi hidung berdarah jarang menunjukkan masalah kesihatan yang serius. Hidung mempunyai banyak saluran darah yang terletak dekat dengan permukaan di bahagian depan dan belakang hidung. Ianya sangat lembut dan mudah berdarah. Hidung berdarah adalah perkara biasa terjadi pada orang dewasa dan kanak-kanak berumur antara 3 hingga 10 tahun.

Terdapat dua jenis hidung berdarah. Yang pertama adalah Anterior Nosebleed, dimana ianya berlaku apabila saluran darah di bahagian depan hidung pecah dan berdarah. Dan yang kedua adalah Posterior Nosebleed yang mana berlaku di bahagian belakang atau bahagian paling dalam hidung. Dalam kes ini, darah mengalir di bahagian belakang kerongkong. Psoterior Nosebleed adalah bahaya.

Penyebab Hidung Berdarah

Terdapat banyak punca hidung berdarah. Hidung berdarah secara tiba-tiba atau jarang jarang berlaku adalah tidak serius. Tetapi sekiranya anda kerap mengalami hidung berdarah, anda mungkin menghadapi masalah yang lebih serius.

Udara kering adalah penyebab hidung berdarah yang paling biasa. Hidup dalam iklim kering dan menggunakan sistem pemanasan dalam rumah dapat mengeringkan membran hidung, yang merupakan tisu di dalam hidung.

Kekeringan ini menyebabkan kerak di dalam hidung dan mengakibatkan rasa gatal. Sekiranya anda garu atau korek, ianya boleh mengakibatkan pendarahan.

Mengambil pil antihistamin atau menggunakan dekongestan hidung untuk alergi, selesema, atau masalah resdung juga dapat mengeringkan membran hidung dan menyebabkan hidung berdarah.

Penyebab hidung berdarah yang lain adalah seperti:
  • Benda asing tersekat dalam hidung
  • Tindak balas alergik
  • Kecederaan pada hidung
  • Bersin berulang kali
  • Korek hidung secara kasar
  • Udara terlalu sejuk
  • Menelan aspirin dengan jumlah yang banyak
  • Jangkitan saluran pernafasan
  • Tinggi darah
  • Gangguan pendarahan
  • Gangguang pembekuan darah
  • Kanser
Kebanyakan hidung berdarah tidak memerlukan rawatan perubatan. Walau bagaimanapun, anda harus mendapatkan rawatan perubatan jika ianya berlaku lebih dari 20 minit, atau berlaku selepas kecederaan. Ianya mungkin tanda Posterior Nosebleed, yang mana pendarahan menjadi lebih serius.

Cara Merawat Hidung Berdarah

Rawatan untuk hidung berdarah adalah berbeza-beza bergantung pada jenis dan penyebab pendarahan.

Anterior Nosebleed

Sekiranya anda mengalami Anterior Nosebleed, pendarahan adalah dari bahagian depan hidung yang biasanya pada lubang hidung. Anda boleh mencuba rawatan Anterior Nosebleed di rumah. Ketika duduk, tekan bahagian hidung anda yang lembut dan pastikan ianya tertutup sepenuhnya. Pastikan lubang hidung ditutup selama 10 minit, dengan badan condong kedepan sedikit, dan bernafas melalui mulut anda.

Posterior Nosebleed

Sekiranya anda mengalami Posterior Nosebleed, pendarahan belaku pada belakang hidung. Darah juga cenderung mengalir dari belakang hidung ke kerongkong anda. Posterior Nosebleed jarang berlaku dan ianya lebih serius daripada Anterior Nosebleed. Posterior Nosebleed tidak boleh dirawat di rumah. Segera hubungi doktor anda atau pergi ke bilik kecemasan jika anda fikir anda mengalami Posterior Nosebleed.