Pernah Alami Cinta Pandang Pertama?. Elak Lakukan Hal Ini.


Bila kita bercakap soal cinta, pasti mejoriti kita pernah merasa dan melalui moment cinta pandang pertama. Kerana manusia ni dia ada satu sifat. Dimana dia mudah untuk jatuh hati atau suka seseorang dalam masa yang singkat. Dan perasaan itu akan berubah menjadi cinta bila semakin rapat.

Tapi tahukah anda, perasaan yang berubah dengan cepat bakal mendatangkan keputusan yang buruk di masa hadapan. Hal ini kerana manusia sifatnya sebelum, semasa dan selepas adalah berubah-ubah. Jangan pernah mengaku cinta jika anda hanya mengalami fasa sebelumnya.

Jangan mudah mengungkap sayang
Fikir masak-masak dan kenal luar dalam sifatnya secara terperinci dahulu semasa fasa perkenalan. Buatlah keputusan ketika anda berasa yakin supaya keputusan anda tidak terdorong oleh sikap terburu-buru.

Cinta bukan sesuatu yang mudah. Cinta bukan mainan atau hal yang senang untuk ditukar ganti. Cinta adalah hal yang ada naik turun. Sama seperti iman. Kena selalu dibelai dan dijaga. Disemai dengan kasih sayang dan perhatian. Mengisi setiap kekurangan yang ada. Dan bertoleransi dengan setiap perbezaan dan kehendak. Dan dua elemen yang terpenting dalam perhubungan cinta ialah komunikasi dan pengorbanan.

Komunikasi
Sekarang kan zaman dah serba canggih dengan perbagai apps diwujudkan di smartphone yang boleh menjadi alat bagi memudahkan kita untuk berhubung dengan seseorang. tapi cabarannya berbeza. Cara komunikasi melalui mesej terkadang memberi maksud berbeza, sukar untuk kita menzahirkan cara penyampai atau mungkin saja boleh wujud pemahaman yang keliru kepada si pembaca.

Pengorbanan
memang mudah untuk kita mengungkap kata sayang atau cinta. Tapi tidak semua orang sanggup berkorban dalam bercinta. Ramai yang hanya pentingkan perasaan sendiri tanpa memikirkan perasaan pasangan. Hal ini yg menjadi punca sesebuah perhubungan itu rosak. Jika anda tidak sanggup berkorban untuk si dia, ini bermakna anda belum lagi bersedia untuk mulakan sesebuah perhubungan. Mungkin anda hanya sekadar suka-suka dan belum hadir lagi perasaan cinta itu.

Jadi untuk suka dengan mudah adalah fitrah. Layankan sahaja. Tetapi untuk jatuh cinta harus ada ruang dan masa.

Sikap wanita
Dan ini adalah kelemahan terbesar kaum perempuan jika dilihat dari sudut psikologi. Kerana perempuan ada dua kekurangan iaitu fikiran yang kompleks dan perasaan untuk terlebih berfikir hal-hal yang tidak perlu. Tetapi jangan salahkan perempuan. Belajar bagaimana untuk mengawal mereka, kerana perempuan ada sifat untuk untuk berkorban lebih tinggi berbanding lelaki. Ini yang membuatkan mereka lebih menghargai pasangan.

Oleh itu, jangan gelojoh dan terburu-buru untuk membuat keputusan jika anda tidak pasti dan masih ragu-ragu dengan kata hati. Pastikan anda bersedia sepenuhnya untuk terima baik buruk si dia sebelum mengungkapkan niat anda.