Pernah Alami Situasi Menangis Tanpa Sebab?. Jangan Pandang Remeh.


Korang pernah dengar tak istilah hypophrenia?. Hypophrenia ni boleh membuatkan seseorang itu menangis, murung dan sedih tanpa sebab. Macam pelik kan jadi menangis secara tiba-tiba. Korang boleh cari dari A Dictionary of  Psychology Oxford, hypophrenia ini adalah gangguan perasaan yang wujud dalam diri segelintir individu. Amatlah berbahaya jika korang tidak membendung masalah ini.

Apakah punca terjadinya hypophrenia ni?. Ia sering dikaitkan dengan diri seseorang yang kerap bersendirian, terlalu sensitif, pernah mengalami trauma ataupun kehilangan seseorang insan tersayang.
Ia juga tidak berpunca dari 1 masalah. Ia terhasil dari pelbagai masalah yang korang cuba pendamkan. 

Jika korang pernah mengalami atau kenal seseorang yang sedang lalui situasi ini, kami sarankan untuk atasi perasaan ini dengan cara dan kaedah yang betul kerana jika berlarutan ia mungkin menyebabkan masalah kesihatan dan kemurungan serius.

Berkongsi masalah pada orang terdekat
Bila korang mula saja terasa perasaan sebegini, lekas hubungi rakan terdekat atau seseorang yang korang selesa dan percaya untuk bercerita dan berkongsi masalah dengannya. Mungkin perasaan itu sendiri sukar disampaikan dan korang banyak berkias. Apa kata ceritakan hal sebenar dan berterus-terang.

Selepas puas meluah kepada dorang, ubah pula topik kepada sesuatu cerita yang ceria serta tidak mengingatkan korang pada masalah itu. Setidak-tidaknya ini boleh mengalihkan perhatian korang daripada mengingatinya kembali.

Tidur bila gelisah
Rasa derita dan gelisah tanpa penghujung pastinya membuatkan kita rasa serba tak kena. Mungkin saja kerana merindui insan yang jauh tapi dekat di hati atau sesuatu masalah yang besar,

Langkah terbaik ialah korang berhenti memikirkan keadaan dorang, berhenti mengingati memori atau masalah dan kosongkan minda dengan tidur. Apabila korang terjaga nanti, minda korang akan lebih segar, rasional dan stabil.

Muhasabah diri
Mungkin selama ini korang tidak sedar perasaan itu hadir kerana kesalahan atau kesilapan yang pernah korang lakukan kepada seseorang. Fikirkan jika korang pernah mengguris hati seseorang ataupun memalukan dan memburukkan dirinya di hadapan kenalan lain.

Tanya diri sendiri jika ada perkara yang korang terlepas pandang dan kemudian berusaha memulihkan keadaan. Tapi berjaga-jaga, jangan menyalahkan diri sendiri hingga ia membebankan diri sendiri.

Buang Dendam
Sikap berdendam amatlah buruk. Namun tiada manusia yang sempurna dan dapat lari dari melakukan kesilapan. Kadang-kala perkara buruk yang berlaku dalam hidup menjadikan kita seorang yang pendendam. Sikap ini lama-kelamaan membuatkan hati kita resah dan tidak tenteram. Cuba untuk memaafkan setiap insan yang pernah melukai kita di masa silam.

Menangis
Usah ego atau menahan tangisan selagi mampu. Menangislah semahunya jika itu yang membuatkan korang merasa lega. Luahkan segala perasaan yang terpendam kepada kawan rapat atau adik-beradik.
Menangis tidak menjadikan korang lemah.

Biarpun kita merasakan diri kita cukup kuat dan dewasa sekalipun, gangguan emosi ini pasti berlaku,  dengan cara menitiskan air mata, ia sedikit sebanya dapat membuatkan korang tenang dan lebih positif dalam mengharungi kehidupan yang mendatang.

Oleh itu, atasi masalah ini dari peringkat awal sebelum ia melarat dan menyebabkan kesan yang lebih parah pada jiwa. Jangan pandang remeh, dapatkan nasihat dari doktor jika keadaan melarat.