Personaliti Wanita Ditafsir Melalui Pilihan Warna. Apakah Warna Kegemaran Anda?.



Setiap wanita memang ada warna kegemarannya tersendiri. Warna-warna pilihan merujuk kepada keinginan dan sikap yang berbeza dalam psikologi seseorang wanita ini. Sebab itu, setiap wanita ada pilihan warna kegemarannya tersendiri. Oleh itu, melalui pemilihan warna, kita dapat tahu personaliti wanita melalui beberapa data yang dapat dikumpul melalui beberapa kajian.

Menurut psikologi, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya setelah mereka di agih-agihkan melalui warna-warna pilihan mereka. Dengan itu, data diambil dengan mencari kesamaan antara wanita-wanita tersebut. Mari kita lihat tafsiran personaliti wanita melalui warna kegemaran.

Biru
Wanita yang menyukai warna biru merupakan seorang yang setia pada pasangan dan pandai menyimpan wang. Mereka seorang yang mempunyai keinginan yang kuat (kemahuan yang tinggi). Mereka juga jenis yang suka berterus teranng jujur dan cekap. Jika anda berbuat salah terhadap mereka, mereka cepat memaafkan tapi mereka sangat tegas dengan pendiriannya.

Merah
Wanita yang menyukai warna merah merupakan seorang wanita yang berani. Namun, dia memiliki sedikit emosional terhadap sesuatu perkara. Selain itu, wanita yang menyukai warna merah merujuk kepada seseorang yang tegas tapi tamak. Di sisi lainnya, mereka tahan lasak dan sukakan cabaran.

Warna kuning
Wanita yang menyukai warna kuning merupakan seseorang yang menyukai ilmu pengetahuan, seorang ulat buku (gemar membaca), tekun, cerdas dan tabah menghadapi segala cabaran. Sikap mereka yang cintakan ilmu pengetahuan membuatkan mereka dipandang sebagai seorang yang bijak.

Hijau
Wanita sukakan warna hijau merupakan wanita yang subur, natural dan sukakan kebahagiaan. Mereka tidak suka bergaduh kerana mereka menyukai suasana yang damai dan tenang. Wanita berminat pada warna hijau biasanya patuh pada pegangan agama. Selain itu, mereka sangat gemar berada di depan cermin dan berhias. Wanita jenis ini sangat teguh dengan pendirian mereka, kadang kala pemikiran mereka dianggap kolot dengan pegangannya.

Ungu
Bagi wanita menyukai warna ungu, mereka seorang yang pemurah dan sukakan kebebasan. Mereka tidak suka menerima arahan atau dikawal. Selain itu, mereka seorang yang berinisiatif, bijak namun agak beremosi dalam membuat suatu keputusan. Mempunyai keinginan yang kurang dan bersederhana dalam hidup.

Warna putih
Warna putih sinonim dengan bersih fikirannya iaitu tidak bersangka buruk. Selalu berkata benar, jujur dan rendah hatinya. Mereka yang menyukai warna putih juga merupakan seorang yang sopan santun, peramah dan suka menerima ilmu dan mendengar suatu idea yang baru. Mereka juga bersifat tenteram dan damai, suka menolong dan sentiasa bertawakal dalam menjalani kehidupan.

Warna hitam
Mereka yang gemar dengan warna hitam suka menyendiri jauh dari orang ramai. Namun, mereka ini sangat prihatin dengan keadaan sekeliling. Suka memerhati setiap perilaku orang sebelum bergaul. Mereka juga kuat dalam menghadapi dugaan hidup, dengan kata lain tabah dalam apa jua keadaan. Selain itu juga, wanita menyukai warna hitam tidak mudah dipengaruhi orang kerana mereka kuat berfikir sebelum membuat tindakan. Mereka setia pada pasangan, baik hati tetapi sangat mudah tersinggung hati.

Oleh itu, Personaliti wanita iaitu sifat, sikap dan segala maklumat tentang dirinya boleh ditafsir melalui pilihan warna kegemarannya Apa. yang diberi diatas merupakan salah satu kajian yang dibuat sahaja.