Petanda Kerap Mimpikan Sesesorang. Jangan Ambil Ringan.


Pernah anda alami mimpi tentang perkara silam?. Secara umunya otak manusia berfungsi dan proses seperti komputer. Ia mampu menyimpan semua moment yang berlaku dalam hidupan seharian. Ini menunjukkan bahawa otak kita tetap berfungi walaupun ketika tidur.

Terdapat mimpi yang kita hanya ingat sementara dimana kita akan lupa selang beberapa jam selepas waktu bangun tidur. Tapi bagaimana pula jika mimpi tentang seseorang yang berulang kali. Adakah mimpi tersebut memberi maksud tersirat?.

Seseorang yang penting dalam hidup.

Boleh jadi apabila anda mimpikan seseorang itu berulangkali membawa maksud si dia merupakan seseorang yang penting dalam hidup anda. Walaupun si dia bukan tinggal jauh atau jarang berjumpa, tapi boleh saja si dia yang selalu bermain di fikiran anda. Selalunya crush atau seseorang yang anda sayang.

Petanda rindu

Antara petanda lain yang selalu dikaitkan adalah kerana orang tersebut terlalu merindui anda atau dia kerap mengungkapkan nama anda. Atau boleh jadi sebaliknya. Perasaan rindu yang kuat mampu memberi kesan tindak balas sehingga membawa ke dalam mimpi.

Hati yang sedang gelisah

Pakar psikologi John D Mayer ada mengatakan bahawa apabila kita sering melihat orang yang sama hadir dalam mimpi adalah petanda sebuah kegelisahan. Walaupun mimpi tersebut tidak sama 100%, namun boleh menjadi tanda buruk bahawa ada sesuatu yang harus kita lakukan atau diselesaikan. Kegelisahan itu juga, boleh jadi disebabkan oleh masalah yang berlaku, seperti ada kesalahan atau kesilapan kita terhadap individu tersebut. Jadi janganlah kita menganggap mimpikan seseorang yang berulangkali itu sebagai petanda baik sahaja. Boleh jadi ada masalah yang timbul di antara kita dan dia untuk diselesaikan.

Oleh itu, kita mesti mengamalkan sikap untuk sentiasa memaafkan dan memohon maaf atas setiap apa yang berlaku antara kita dengan sesiapa sahaja walaupun kesalahan tersebut adalah kecil. Agar kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan aman dan tenteram.