Prank 20K Untuk Menguji Tahap Kesetiaan Wanita. Wajarkah Dilakukan?


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan klip video tentang seorang wanita yang viral di media sosial kerana menerima tawaran 20k daripada seorang lelaki yang diupah oleh teman lelaki kepada wanita tersebut bagi menguji tahap kesetiaannya dalam perhubungan.

Video tersebut telah menjadi viral di media sosial dan menerima pelbagai reaksi dan komen daripada netizen. Ada di antara mereka yang bersimpati dengan nasib wanita tersebut kerana menganggap prank seperti itu adalah melampau dan kejam, dan tak terlepas juga yang turut mengecamnya kerana wanita tersebut gagal membuktikan kesetiaannya pada pasangan.

Western brainwash

Apa yang diperlihatkan dan di sajikan di media sosial sekarang adalah tentang budaya barat yang cuba mengetengahkan konten dan topik tentang perdebatan jantina seperti wanita pisau cukur atau "gold digger". Konten seperti ini dapat meraih perhatian ramai orang sehingga konten yang disebarkan menjadi viral dan isu semakin panas. Mentaliti yang cuba diterapkan oleh kelompok ini untuk mengatakan lelaki tak boleh dipercayai sebab ramai yang f**k boy dan mata keranjang atau wanita jalang tiada maruah adalah sangat tidak wajar untuk dihujah atau dibawa perdebatan kerana hanya akan menimbulkan kesan yang negatif dan perbalahan.

Toxic relationship

Secara umumnya kita tahu bahawa sesebuah perhubungan itu dibina atas dasar cinta dan kepercayaan antara kedua-dua individu. Tiada cinta maka tidak mungkin kita menerimanya sebagai pasangan hidup, begitu juga dengan percaya. Bagaimana sebuah perhubungan itu boleh wujud tanpa dasar percaya? Rasa insecure dan curiga terhadap pasangan dan memikirkan tentang hal-hal yang negatif yang belum tentu kesahihannya akan menimbulkan pergaduhan kecil sehingga ia menjadikan sebuah perhubungan yang toxic. Untuk apa kita berpasangan kalau setiap hari bergaduh dan memendam rasa marah,kecewa dan takut. Lebih baik pilih jalan untuk berpisah dan mencari haluan masing-masing.

Wanita untuk dilindungi

Tiada kepentingan untuk kita menguji atau mempersoalkan kesetiaan pasangan. Usah kita cuba selongkar segala kisah silamnya semata-mata ingin mencari kesalahan wanita tersebut. Tiada manusia yang sempurna, manusia lalui bermacam ujian dan halangan dalam hidup dalam menempuh kegagalan untuk menjadikannya seorang manusia yang berjaya dan cemerlang. Untuk apa kita pertikaikan kegagalanya?

Sebagai seorang lelaki, kita wajib melindungi wanita. Mereka insan yang lemah dan perlukan bimbingan dari seorang lelaki sama ada ayah, suami atau adik-beradik. Kalau hidup kita hanya tahu mengarah mereka untuk menunaikan segala tanggungjawab mereka sebagai wanita dan dalam masa yang sama kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai lelaki maka usaha tersebut hanyalah sia-sia. 

Oleh itu, lindungilah mereka, jagalah mereka, dan jangan menguji mereka seperti tikus makmal. Lelaki yang hebat adalah lelaki yang mempertahankan hak wanita dan bukanlah lelaki yang memijak maruah wanita.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.