Rahsia Dan Khasiat Air Kelapa Untuk Tubuh Badan. Patutlah Rasa Lain Macam Selepas Minum.


Fuhh memang nikmat bila dapat air kelapa muda yang ditambah pula dengan hirisan isi kelapa yang lembut dan memikat selera.

Korang peminat air kelapa muda?
Pokok kelapa dikenali sebagai tumbuhan 1000 guna, pokok kelapa mempunyai pelbagai manfaat yang boleh digunakan dari pucuk hingga ke akarnya. Pelepahnya boleh dijadikan lidi, batangnya dijadikan titi manakala di Indonesia, akarnya direbus dan dijadikan minuman herba dan ubatan.

Selain itu, air kelapa juga dijadikan minuman isotonik semulajadi yang mampu menghidrasi tubuh badan dan memberi tenaga. Pernahkan anda terfikir, bagaimana air kelapa boleh terhasil dalam ruangan tempurung tersebut? Pokok kelapa, seperti tumbuhan lain, menggunakan buahnya untuk menyimpan air.

Pada awal pembentukan, kelapa hijau mengandungi 500 ml air. Seiring masa, air tersebut menjadi isi yang menebal seperti dapat kita lihat dalam buah kelapa tua yang mempunyai isi lebih tebal berbanding buah kelapa muda. Pengumpulan air penting bagi kemandirian spesies ini. Kebiasaannya, pokok kelapa menghasilkan buah yang sedikit iaitu antara 25 hingga 75 biji buah sahaja setiap tahun. Oleh itu, setiap buah ini perlu menjadi biji benih super seed bagi menumbuh pokok yang seterusnya.

Buah kelapa perlu melalui keadaan yang sukar antaranya hanyut di laut selama berbulan-bulan. Air di dalam tempurung itulah yang akan membekalkan air dan nutrien bagi tumbesaran anak pokok yang bercambah dari buah tersebut.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang khasiat dan kebaikan air kelapa pada tubuh badan dan kesihatan kita

Nutrien dan vitamin

Air kelapa mempunyai dos vitamin yang sangat tinggi serta turut mempunyai nutrien penting bagi mengekalkan kesihatan badan yang lebih baik. Dalam setiap cawan air kelapa mempunyai begitu banyak vitamin dan juga mineral yang sangat berguna untuk manusia selain memberikan tenaga.

Kadar nutrisi yang tinggi

Air kelapa terbukti mempunyai 5 jenis elektrolit penting yang sangat baik untuk tubuh manusia iaitu kalsium, fosforus, potasium, magnesium dan sodium. Kerana keunikan komposisinya yang sangat istimewa ia sesuai diminum oleh sesiapa sahaja.

Minuman Diet

Air kelapa dapat membantu mengurangkan berat badan apabila meminumnya akan menyebabkan kenyang dan tidak berselera untuk makan kerana ia mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi malahan kandungan lemak yang terkandung juga terlalu rendah.

Merawat kulit rosak

Kelebihannya terbukti apabila mereka yang mengalami masalah kulit dan jerawat dapat dipulih dengan mencuci dan membilas menggunakan air kelapa. Disamping itu, air kelapa juga mampu memperbaiki tona kulit dan wajah selain ia mampu melembabkan kulit selepas meminum airnya. Ini terbukti kerana banyak produk kecantikan menjadikan buah kelapa sebagai bahan utama dalam kandungan produk.

Membantu sistem pencernaan

Air kelapa membantu melegakan masalah pencernaan dengan efektif dan ia terbukti kerana kadar serat yang tinggi terkandung akan memberikan kelegaan kepada masalah ketidakcernaan serta mengurangkan kadar berlaku refluks asid yang berkaitan dengan pencernaan.

Mengalakkan penghidratan

Air dari buah kelapa dipercayai sangat berkesan untuk menghidratkan badan dan sangat efektif berbanding dengan minuman isotonik untuk sukan yang banyak dijual. Air buah kelapa mampu mengembalikan kehilangan air dan mineral dalam badan selepas kita bersukan atau mengeluarkan peluh dalam apa jua aktiviti.

Merendahkan tekanan darah

Kadar elektrolit dalam badan yang tidak seimbang boleh menyebabkan tekanan darah dalam tubuh akan lebih meningkat. Tugas air istimewa ini akan bertindak sebagai mekanisma bagi mengimbangkannya semula darah kita.

Oleh itu, Semoga perkongsian kebaikan dan khasiat air kelapa dalam kehidupan kita dapat membantu anda memahami dan mengetahui dengan lebih lagi tentang buah yang serba guna ini. Semoga info ini memberi manfaat untuk anda.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.