Rasa Gugup Untuk Bertemu Bakal Mertua Buat Pertama Kali?. Tips Memikat Hati Mereka.


Bagaimana nak pikat hati bakal mertua?. Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga, pastinya langkah yang paling penting perlu diambil adalah memikat hati bakal mentua. Mungkin ada sahaja situasi di mana ibu bapa tidak berapa selesa dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Sesetengah ibu bapa beranggapan apabila anak mereka kian dewasa dan ingin mendirikan rumah tangga, seolah anak mereka sudah dirampas orang luar padahal ia tidak dinafikan perkahwinan adalah perkara wajib bagi yang mampu dan untuk menghalalkan perhubungan bukan muhrim.

Ada juga sesetengah ibu bapa yang terlalu risau dengan pilihan pasangan hidup anak mereka kerana takutkan jika ia tidak berkekalan. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir dan apatah lagi jika itu soal jodoh. Ya atau tidak, itu terpulang kepada empunya badan yang ingin dinikahi khususnya wanita. Pokok pangkalnya, pasangan yang ingin menikahi itu hendaklah tahu segala tanggungjawab yang bakal dipikul setelah berumah tangga dan bukan hanya melepaskan batuk di tangga.

Observe tingkah laku bakal mentua.

Perlahan-lahan risik apa yang anda perlu tahu tentang ibubapa pasangan anda. Sebagai contoh ambil tahu apa yang bakal mentua anda sukakan, hobi mereka, masakan kesukaan mereka, dan mungkin ciri-ciri lelaki atau perempuan yang bagaimana mereka sukakan. Jika dapat bakal mertua yang sporting, agak mudah la bagi anda untuk merapatkan hubungan dengan mereka, tapi kalau sebaliknya, anda perlu berusaha lebih untuk pikat mereka.

Berpakaian kemas dan sopan

Memang benar bahawa kita tidak perlu jadi hipokrit dihadapan mereka. Tetapi dalam situasi ini, perlulah juga menjaga pakaian agar kelihatan kemas dan sopan supaya tidak menjejaskan reputasi diri anda dan agar dapat melancarkan perhubungan suai kenal dengan bakal mentua kita. Nampak la yang anda ni sudah bersedia dan menghormati mereka. Orang tua ni cukup titik beratkan cara penampilan kita. Nak lagi yang jenis pakaian pun halai-balai je, boleh ke nak hidup serumah dan jaga anak mereka nanti. Pakaian yang kemas akan menampakkan diri anda seorang yang berdisiplin dan berprinsip. Bagi lelaki, janganlah memakai seluar pendek, jeans berkoyak atau lusuh dan baju tanpa lengan ketika bertemu dengan ibu bapa kekasih anda. Dan buat sang gadis gaya santun adalah yang terbaik dan seharusnya tidak menjolok mata. First impression tu penting tau.

Bawa buah tangan

Jika anda inginkan usaha yang lebih berkesan untuk memikat hati mereka, belikan mereka buah tangan atau apa sahaja sebagai tanda mengingati mereka. Apatah lagi apabila tiba ulang tahun hari jadi mereka. Bonus jika anda sudah risik lebih awal dengan pasangan kesukaan kedua ibu bapanya supaya hati mereka akan lebih berbunga terima cenderahati dari bakal menantu. Kalau bajet tak banyak, cukup sekadar bawa kuih-muih untuk menandakan anda seorang yang prihatin dan ada common sense. Jangan la datang bawa tangan kosong je.

Jaga tutur kata

Pastikan anda sentiasa menjaga tutur kata dan intonasi percakapan anda agar tidak terkecil hati mereka dan sekaligus boleh membuat anda di blacklist dari menjadi menantu pula. Jika dapat bakal mertua yang peramah maka mudahlah urusan anda untuk mulakan perbualan, tak perlu buka topik pun mereka dah tanya bermacam-macam soalan, tetapi jika bakal mertua anda seorang yang pendiam, sesekali cuba untuk berkomunikasi dengan mereka seperti bertanyakan tentang hobi dan pekerjaan mereka, atau topik yang biasa dibuka seperti lorong atau jalan masuk ke suatu lokasi.

Ringan tulang dan rajin

Jangan lupa untuk menawarkan bantuan jika anda rasa ia diperlukan seperti contoh jika bakal ibu mertua anda sedang mengangkat barangan yang banyak atau berat, bantulah mereka dengan rela hati. Kalau anda seorang perempuan, pertolongan yang cliche seperti bantu untuk cici piring dan cawan di dapur, nampak la bahawa anda ni rajin membantu hal rumah.

Pujian

Memuji dengan ikhlas agar tidak nampak hipokrit pula nanti. Ada tempatnya dan juga masanya untuk memuji sebagai contoh memuji hobi dan sikap mereka, masakan ibu bakal mertua anda sedap atau kediamannya cantik dan kemas. Atau anda boleh saja memuji sikap pasangan anda supaya mereka merasa syukur kerana telah membesarkan dan beri didikan yang baik pada anaknya.

Oleh itu, berusaha untuk menambat hati mertuanya supaya hubungan silaturrahim yang terbina akan kekal utuh. Jangan tunggu mereka yang buat kita selesa, tetapi kita sebagai bakal menantulah yang patut memulakan langkah dan mencari cara memikat hati bakal mertua.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.