Sakit Badan Bila Berada Di Depan Komputer Terlalu Lama, Ini 12 Senaman Kurangkan Rasa Sakit.


Mesti menjadi satu perkara perlu setiap kali anda menghadap dan bekerja menggunakan komputer. Tentu sekali sebagai seorang blogger yang akan habiskan banyak masa depan komputer, senaman-senaman regangan ini sangat elok bagi mengelakkan tekanan atau stress melampau.

Sering sakit bahu, tengkok dan pinggang bila bekerja di depan komputer. Mana tidaknya, masa dihabiskan buat kerja depan komputer memang lebih daripada 8 jam. Kadangkala sampai 12 jam hanya semata nak selesaikan masalah blog, dan juga menyiapkan kerja-kerja.

12 Senaman Depan Komputer Mengurangkan Rasa Stress

Masa depan komputer memang sangat lama. Mudaratkan kesihatan jika berada lama depan komputer. Ada kajian menyatakan ia boleh jadi penyumbang kepada dua penyakit berbahaya, iaitu darah tinggi dan kencing manis. Ia mungkin secara tidak langsung kerana berada di depan komputer, selain tekanan atau stress, ia juga membuatkan kita kurang berpeluh, dan agen-agen perkumuhan kurang efektif. Maka, banyaklah toksin dalam badan sehingga jejaskan sistem pertahanan, perkumuhan dan benda lain.

Jadi, admin nak kongsikan sedikit bagaimana nak kurangkan tekanan atau stress bekerja di depan komputer. In sha Allah, kita sama-sama boleh amalkan setiap hari. Boleh ikuti 12 senaman depan komputer yang ditunjukkan di bawah ini.



Semoga sama-sama boleh amalkan dan kongsikan kepada rakan-rakan lain yang mungkin anda kenal sangat stress bila buat kerja depan komputer ni.