Sebelum Anda Menjadi Streamer Dan Youtuber Kenali Dulu Jenis Mic Yang Ada.


Sebelum anda menjadi streamer dan youtuber kenali dulu jenis mic yang ada.

Kita teruskan lagi kisah pengenalan kepada mic ni. Cerita pasal Condenser Mic. Apa pulak condenser mic nie? Apa bezanya dengan dynamic mic?

Perbezaan utama Condenser Mic dan Dynamic Mic ialah, Condenser Mic memelukan kuasa tambahan untuk membolehkan ianya beroperasi.

Dan biasanya kuasa tambahan tersebut boleh di dapati dari bateri atau pun dengan cara menghidupkan “Phantom Power +48v” di Mixer anda.

Mic ini biasa di gunakan di Studio rakaman kerana bunyi yang di hasilkan lebih jelas, (jangan sesekali melepaskan angin dengan bunyi yang kuat, pasti akan dapat ditangkap bunyinya).

Mic jenis ini juga sesuai untuk merakam bunyi “ambient” atau bunyi sekeliling. Jarak bunyi dengan mic ini bukanlah satu masalah, kerana mic ini memang di cipta supaya mampu memerangkap sumber bunyi yang jauh daripadanya. Dan hasilnya lebih sedap di dengar.

Phantom Power



Phantom Power bukanlah sesuatu yang asing kepada penggiat audio. Kebanyakan Mixer mempunyai kemudahan ini. Ianya adalah elemen yang penting bagi membolehkan condenser mic berfungsi.

Apabila Phantom Power dihidupkan, kuasa 48volt akan dihasilkan dan dihantar ke chanel mixer yang menggunakan condenser mic.