Selesaikan Bebanan Hutang Anda Dengan Cara Yang Berkesan. Jangan Tunggu Lama-lama


Adakah anda mempunyai longgokan hutang dan ianya seolah-olah seperti anda tidak akan dapat melangsaikannya dengan segera atau selamanya? Anda bukanlah satu-satunya individu tersebut. Kami telah menyediakan strategi yang mudah diikuti untuk membantu anda melangsaikan hutang dengan berkesan.

Sediakan anggaran bajet

Langkah pertama untuk menjelaskan hutang anda adalah dengan menyediakan belanjawan. Anda boleh menggunakan hamparan Excel atau aplikasi pengurus kewangan untuk menjejaki pendapatan dan perbelanjaan bulanan. Dengan cara ini, anda boleh mengasingkan perbelanjaan anda dan melihat di mana anda boleh berbelanja dengan lebih atau kurang.

Bayar hutang yang paling mahal dahulu

Susun hutang anda daripada kadar faedah yang paling tinggi kepada yang rendah atau yang paling penting kepada kurang penting. Perkara yang paling utama adalah anda perlu menyusun untuk membayar semula keperluan yang penting seperti sewa/pinjaman rumah, ansuran kereta, utiliti, pinjaman peribadi, barang-barang runcit, dan pelbagai perbelanjaan tunai langsung.

Bayar melebihi minimum yang diperlukan

Anda harus membayar lebih daripada bayaran minimum baki penyata anda setiap bulan. Dengan membayar baki minimum, hutang anda akan diimbang dan ianya akan memanjangkan jangka masa anda mengosongkan jumlah hutang. Di samping itu, ia akan meningkatkan kadar faedah bulanan anda.

Elakkan perbelanjaan perkara yang kurang penting

Cara terbaik untuk berhenti mengumpul hutang anda adalah dengan berhenti berbelanja! Sudah pasti bukannya kita berhenti berbelanja sepenuhnya. Sebaliknya, berfikirlah sebelum anda berbelanja. Tanya diri jika ianya berbaloi untuk anda membeli lalu menggunakannya atau anda hanya akan menggunakannya 6 bulan dari sekarang? Amalkan amalan ini seperti mantera sehingga anda dapat mengawal kewangan anda.

Gunakan faedah kad kredit

Jika anda mempunyai satu (atau lebih) kad kredit, ia dapat melakukan perkara lain selain daripada membeli barang secara kredit. Sesetengah kad kredit membenarkan anda untuk memindahkan dana pada kadar faedah 0%. Jika anda mempunyai jumlah hutang yang anda yakin boleh membayarnya dalam beberapa bulan, semak dengan pihak bank jika anda boleh membuat pemindahan baki.

Gunakan bonus kerja anda untuk melangsaikan hutang
Jika anda menerima bonus atau ganjaran daripada pekerjaan anda, terutamanya pada akhir tahun atau pada musim perayaan, peruntukkan wang untuk membayar hutang, bukan untuk perbelanjaan tambahan.  Elakkan godaan untuk berbelanja secara berlebihan pada barangan yang anda gemari dan adalah lebih penting untuk mengawal kewangan anda dahulu!

Jual hadiah dan barangan rumah yang tidak diingini 

Jika anda mempunyai sebarang hadiah yang lama, hiasan atau perabot yang sudah tidak diperlukan lagi dan masih dalam keadaan yang baik, bersihkannya dan jual online untuk mendapatkan wang tunai segera. Paparkan iklan dalam platfom pasaran seperti Carousell, Mudah.my or Lelong pada harga yang berpatutan supaya ia boleh dijual dengan cepat! Keuntungan daripada penjualan barang-barang ini harus digunakan untuk melangsaikan hutang anda.

Ubah tabiat berbelanja tanpa mengubah gaya hidup anda

Kadang-kadang tabiat harian meletakkan kita dalam masalah kewangan. Fikir bagaimana anda membelanjakan wang secara harian, mingguan dan bulanan. Sebagai contoh, jika anda berbelanja untuk secawan teh tarik di kedai mamak setiap pagi sebelum kerja, ianya lebih murah jika anda membawa secawan teh panas di dalam termos ke tempat kerja. Perkara paling utama adalah dengan bertanya kepada diri anda sendiri, “Bagaimana saya perlu kurangkan perbelanjaan tanpa mengubah gaya hidup saya dengan terlalu drastik?” Baca tip penjimatan kami untuk membantu anda bermula!

Beri ganjaran kepada diri sendiri apabila anda mencapai kejayaan

Membayar balik hutang akan menjadi satu perjalanan yang panjang jika anda melihatnya sebagai suatu hukuman untuk gaya hidup anda. Tetapkan pencapaian atau matlamat dan berikan ganjaran kepada diri anda jika dapat mencapat matlamat tersebut. Ini adalah untuk memotivasikan diri kita sendiri. Kami tidak bermaksud supaya anda harus pergi berbelanja secara berlebihan. Sebagai contoh, anda boleh berkhemah di kawasan berdekatan tanpa perlu ke luar negeri pada hujung minggu.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.