Semoga Suami Menjadi Seorang Bapa Yang Baik, Ini 5 Persediaan Untuk Suami Yang Akan Jadi Bapa.


Untuk hadapi saat bersalin, bukan setakat ibu kena buat banyak persiapan, tetapi bakal bapa pun kena ambil tahu banyak perkara tau. Supaya ada sikap kerjasama di antara suami dan isteri.

1. PERSIAPAN DIRI SETELAH MENDENGAR BERITA KEHAMILAN

Jangan fikir ini terlalu awal untuk seorang lelaki. Pada saat dah disahkan isteri mengandung, maka lelaki kena ada persiapan mental, emosi, kewangan yang mencukupi bagi mengharungi perjalanan 9 bulan bersama isteri yang bakal sakit dan sarat mengandung.

Itu belum lagi waktu bersalin dan selepas dikurniaan anak. Perhatian pada isteri dan anak akan jadi berlipat kali ganda. Jangan buat main.

2. JANGAN TENGOK BILA ISTERI BERSALIN CZER

Sebaiknya tak usahlah lihat isteri yang melakukan pembedahan czer. Lagi-lagi jenis laki yang lemah semangat.

Sewaktu pembedahan, lebih elok suami banyakkan berdoa agar proses dilancarkan. Waktu ini kita serahkan pada doktor dan jururawat yang berpengalaman melakukan hal ini.

Suami hanya boleh beri kata semangat saja kepada isteri sebelum caesarean bermula.

3. KAJI TENTANG PROSES BERSALIN

Hanya suamilah yang bertuah boleh menemani isteri dalam labour room. Melahirkan anak adalah satu perjuangan bagi seorang isteri.

Maka suami perlu tahu banyak perkara untuk menenangkan isteri sewaktu isteri sedang sakit dan meneran banyak kali.

Tanpa ilmu, suami boleh jadi kelam-kabut dan pucat lesu hingga mampu beri tekanan buat isteri.


4. JANGAN KECOH DALAM HOSPITAL

Kadang ada juga para suami yang tak puas hati dengan pihak hospital. Semata-mata risau isteri tak dijaga rapi oleh mereka.

Dalam tempoh ini, serahkan saja pada kepakaran doktor dan jururawat mengendalikan proses bersalin isteri.

Fokus pada beri sokongan emosi kepada isteri yang bakal bersalin.

5. BERTENANG JIKA DIMARAH ISTERI

'Dia bukan dia'. Kena selalu ingat hal ini. Perit dan tekanan sewaktu nak bersalin ni tak boleh dibuat main. Kadangkala isteri tak boleh kawal emosi hingga termarahkan suami tanpa sebab.

Fasa ini fasa perubahan hormon yang amat dasyat. Ini yang suami kena wajib hadamkan betul-betul.

Bersabarlah dan selepas si kecil lahir, pasti isteri tersenyum semula.