Setiap Pasangan Akan Lalui Fasa Bercinta, Ini Perbezaan Bercinta Sebelum Dan Selepas Berkahwin.


Setiap pasangan akan lalui waktu bercinta dan juga saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Tidak kira sebelum atau selepas berkahwin.

Bercinta selepas kahwin:

“I love you so much…”, ungkapan yang sering diperkatakan membuat pasangan kita sentiasa dihargai. Salah tak kalau kita berkata begitu,tentu tidakkan. Bila nak pergi kemana-mana, berjalan berdua-duaan, berpegang-pegangan tangan juga tak salahkan sebab masing-masing dah halal ikatan perkahwinan. Tapi jangan pula berlebih-lebih,kena fahan situasi dan keadaan.

Dosa semakin menjauhi pahala semakin mendekati. Apatah lagi jika pasangan kita soleh dan solehah alhamdulillah bahagia hingga ke akhir hayat. Pasangan yang sentiasa mencari MADROTILLAH. Indahnya bercinta selepas kahwin. Segala-galanya dapat dielakkan. Taklah sangat kita memikirkan, apa yang kita lakukan ini berdosa atau tak, sebab pasangan kita masing-masing dah halal untuk kita.

Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi sama-sama diseimbangkan. Matlamat utama tentunya syurga ALLAH.

“Manusia akan bercinta lagi disyurga, tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai”.Maksiat dapat dielakkan dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya.

Bercinta sebelum kahwin:

Belum ada apa-apa ikatan,dah macam suami isteri. Zaman dah berubah,dunia dah maju. Hidup hanya sekali,kita enjoy. Entah apa budaya yang diikutinya, melebihi pasangan yang berkahwin.

Bercinta bagai nak rak, serasa dunia milik berdua.Jadikan dunia umpama syurga idaman. Tambah-tambah lagi sekarang zaman teknologi IT. Segalanya hanya dihujung jari. Satu klip aje dah ada pasangan yang menunggu. Apa lagi, enjoylah. Mulalah ungkapan keramat di alunkan oleh bibir yang menawan bak delima yang merekah dan bibir yang manis bak gula:

“I love you my dear..”.
“I love you so much darling...”.
“I tak boleh hidup tanpa sayang…”.
“Sehari tak berjumpa,serasa setahun…”
“Rindunya…i..”.

Apalagi pasangan yang mendengarnya, tentu rasa dihargaikan tentu terpesonakan dengan ungkapan keramat itu. Dan orang ketiga mesti memainkan peranannya kan. Mesti dibisikkan  dengan pujuk rayu yang mempersonakan untuk mengikuti jejak langkahnya. Akhirnya berjaya juga meramaikan ahli kelabnya, maka bertepuk tanganlah tanda meraikan kegembiraan dan kemenangannya.

Dosa semakin mendekati, pahala semakin menjauhi. Maksiat berlaku dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. Kalau ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:

“Cinta apakah namanya ini, jika tidak ada dating, calling, chatting, sms romantik, surat cinta, bersentuhan tangan, kerlingan dan senyuman”.

Tepuk dada tanya iman, usah tanya nafsu kerana nafsu tentunya akan menipu. Kerana nafsu perlu dididik bukannya dimanjakan dengan muhasabah diri agar kita semua sentiasa bersama RAHMATNYA. Insya Allah.