Setiap Tamadun Mempunyai Petua-Petua Tersendiri, 5 Petua Yang Anda Boleh Guna Untuk Dapur.


Percaya atau tidak, setiap tamadun mempunyai petua-petua tersendiri yang dibawa turun temurun semenjak nenek moyang masing-masing.

Ironinya, walaupun sedikit kajian saintifik yang dibuat, kebanyakan petua-petua yang dipraktikkan tetap mendapat kepercayaan dan dibuktikan berkesan. Kebanyakan petua-petua yang dihasilkan adalah berpunca dari pengalaman orang-orang yang terdahulu.

Di negara kita, tidak kurang juga dengan khazanah-khazanah petua-petua lama dan baru yang berharga serta memberi faedah kepada kehidupan seharian.

Kali ini, kami ingin berkongsi petua yang mungkin boleh digunakan di dapur anda. Malah, yang mustahak sekali ialah, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk melakukannya.

1. Menghilangkan tanda hangus pada periuk

Masukkan sedikit baking soda bersama sedikit air dan biarkan beberapa jam. Kemudian, bersihkan periuk itu seperti biasa.

2. Mengharumkan dapur

Pada kebiasannya, pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan. Bagi mengatasi masalah ini, rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain.

3. Mencegah lalat pada makanan

Bagi menghindarkan kehadiran lalat ini taburkan lada sulah diatas tudung saji atau penutup bekas makanan. Nescaya lalat tidak akan datang menganggu lagi.

4. Menghilangkan bau di dalam peti sejuk

Masukkan dua atau tiga keping roti ke dalam peti sejuk. Biarkan sehingga beberapa hari. Dengan cara ini, bau dalam peti sejuk akan hilang.

5. Hindari meja daripada di panjat semut

Untuk menghindari meja atau perabot lain daripada di panjat semut,ambil tali yang mudah menyerap bahan cecair dan celupkannya ke dalam minyak masak. Kemudian lilitkan tali pada semua kaki meja atau perabut.