Sifat Yang Perlu Ada Pada Wanita dan Tidak Perlu Ada Pada Lelaki

sifat yang perlu ada pada wanita dan tidak perlu ada pada lelaki, sifat perlu ada pada wanita, sifat lelaki tak perlu ada

Saya pernah terdengar satu pesanan ini tapi saya tak ingat di mana.

Saya menganggap ini sebuah pesanan dan nasihat yang cukup bagus untuk diamalkan, khususnya buat para wanita dan tidak ketinggalan juga buat para lelaki.

Moga jadikan ia sebagai pedoman dan panduan dalam menelusuri kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini, lagi- lagi sahabat - sahabat saya, jiran tetangga, saudara mara, ahli keluarga saya yang sudah mendirikan alam rumah tangga dan yang bakal mendirikannya.

Tiga sifat ini jika tidak dijaga dengan baik, lambat laun akan hilang seri warna-warna kebahagiaan di dalam rumah itu.

Hati-hati. Nak tahu apa dia? Meh sini saya kongsi

Tiga sifat yang perlu ada dalam diri seorang wanita dan tidak boleh ada pada diri seorang lelaki iaitu:

Bakhil
Kerana apabila ada kedekut pada seseorang wanita itu, maka dia akan memelihara harta suaminya.

Ego
Kerana apabila wanita itu ego, maka dia tidak akan berkata lembut dengan lelaki lain selain suaminya. Maka akan terpelihara sifat cemburu suaminya 
itu.

Penakut
Kerana apabila ada takut pada seorang wanita itu, maka akan terpelihara dia daripada keluar rumah tanpa keizinan suaminya.

Tiga sifat ini bagus jika ada dalam diri seorang wanita, tetapi tidak patut ada dalam diri seorang lelaki.

Apapun kebahagiaan itu datangnya daripada Allah. Jadi mohonlah pada Allah agar diberi kebahagiaan itu. Di samping kita dah usaha, doa janganlah lupa.

Artikel Ini Disumbangkan Oleh
Luqmanulhakim Bin Zamrose