Sikap Lelaki Yang Suka Menyakat. Apa Sebenarnya Yang Mereka Nak?


Lelaki memang terkenal dengan sikap suka menyakat. Kadang-kala perangai mereka yang suka menyakat tu boleh meriuhkan suasana dan membuatkan si wanita ketawa, tetapi ada juga gurauan mereka yang melampaui batas. Dan apabila asyik orang yang sama je disakatnya macam ada sesuatu yang tak kena. "Kenapa asyik sakat orang tu je? Kau suka kat dia ke apa?".

Ada pula tu yang sampai perhati dekat-dekat nak tengok sama ada wanita tu ketawa atau tak endah ketika disakat. Rasa annoying kan?, lagi-lagi kena sakat masa mod tengah serius. Namun, adakalanya juga mereka seolah-olah macam nak buat si wanita berasa marah, sengaja cabar tahap kesabaran. Apa yang dorang nak sebenarnya? 

Ini antara penyebab kenapa lelaki suka menyakat wanita.

Sifat semula jadi lelaki
Mengusik, menyakat atau mengenakan orang sudah menjadi perangai lelaki untuk cuba merapatkan hubungannya atau mendapatkan perhatian dari wanita itu. Bagi dorang, bosanlah hidup kalau tak dapat mengusik orang dalam sehari. Rasa macam tak lengkap je aktiviti seharian. Lagi-lagi bila orang yang diusiknya respon dengan marah-marah, lagi bertambah seronok la dia nak menyakat.

Tak nak suasana krik krik
kadang-kala bosan juga bila suasana sunyi je, atleast bila dapat sakat sikit sorang dua barulah suasana riuh dan ceria kan. Tak nak lah asyik serius je memanjang. Tapi biasanya lelaki macam ni dah standby geng dorang untuk datang menyakat. Kalau sorang-sorang manalah berani, senang-senang la kalah dengan perempuan.

Berkenan atau suka dalam diam
Dah berkenan tapi malu nak mengaku, malu nak luahkan perasaan suka, atau kerana tidak tahu cara untuk memulakan perbualan. Oleh itu menyakat adalah teknik yang dorang rasakan sesuai untuk memulakana komunikasi dengan wanita yang diminati. Bila dah mula menyakat ni secara tak langsung boleh mengurangkan perasaan malu yang dirasainya itu.

Sebab cantik dan mempunyai senyuman yang manis
Mungkin korang rasa macam pelik je dengan sebab ni. Tapi memang benar, senyuman dan gelak tawa si wanita dengan mimik muka dan riaksinya yang comel membuatkan si lelaki suka untuk menyakat. Dahsyat kan.

Testing mod marah wanita
Dalam banyak-banyak cara sakat yang paling menyakitkan hati adalah bila dorang sengaja menguji tahap kesabaran. Buat lawak yang hambar atau kasar yang kadang tu seperti mengejek dan menghina. Memang tak suka tengok orang lain senang agaknya. Tetapi menurut satu sumber, lelaki sengaja membuatkan seseorang wanita tu marah sebab mereka suka dengan perempuan tu dan sebab perempuan tu nampak comel ketika sedang marah. Logik juga, kalau tiada perasaan takkan lah nak menyakat pula. Lagi-lagi bila si wanita boleh terima gurauan tersebut.

Antara faktor lain adalah kerana wanita tu garang. Jadi dorang terhibur bila tengok si wanita marah-marah. Macam ni pun ada ya.

Oleh itu, dinasihatkan pada korang, dalam gurauan ada batasnya, jangan niat kita nak menyakat bagi merapatkan hubungan tapi pada akhirnya berlaku sebaliknya, ada yang bergurau kasar sehingga dibenci. Dan tips untuk wanita pula kalau nak hentikan lelaki yang sering menyakat korang, tak kira la semasa dalam kelas atau pun di tempat kerja. Cuba buat-buat tanya dia dengan suara lantang, "aku tengok kau selalu sangat kacau aku, kau suka aku eh?". Mungkin dengan soalan macam ni membuatkan si lelaki tersebut rasa malu dan berhenti dari menyakat korang. Selamat mencuba.