Suasana Bilik Tidur Mampu Mempengaruhi Emosi. Apakah Warna Yang Sesuai Untuk Anda?


Bilik tidur merupakan satu ruang untuk kita refresh pemikiran dan mendapatkan kembali mood setelah penat dengan urusan kerja dan aktiviti seharian. Kita memerlukan suasana yang tenang, damai dan selesa.

Warna bilik tidur anda akan mempengaruhi mood dan cara anda berfikir. Bangkitkan mood tidur dan masa rehat anda dengan pemilihan warna yang terbaik untuk melepaskan penat lelah selepas dengan urusan dan tugasan seharian.

Jenis warna-warna di bawah ini akan mempengaruhi mood me-time anda.

Biru

Warna ini sememangnya melambangkan ketenangan dan mendamaikan, tidak hairanlah jika pilihan warna biru adalah menjadi kegemaran setiap orang. Tidak kira sama ada tona biru tersebut terang atau gelap ia pasti memberikan kesan sejuk dan nyaman. Biru seumpama lautan yang dipercayai membantu mengatasi masalah insomnia dan migrain. Ia juga boleh mengawal tekanan darah yang sedang marah. Pilih warna biru dan sesuaikan dengan perabot putih akan menjadikan bilik tidur anda semakin selesa dan lembut.

Pink

Pink lebih dikaitkan dengan jantina perempuan kerana ia melambangkan cinta. kasih sayang dan sifat keperempuanan. Warna yang comel ini memberikan kesan yang selesa, cantik, dan lemah lembut. Sebenarnya tidak salah jika lelaki juga memilih warna merah jambu tetapi hias bilik dengan barang dan perabot yang maskulin.

Koko Coklat

Jika anda seorang yang gemarkan suasana klasik dan tradisional, warna coklat sangat bersesuaian dengan anda. Walaupun warna coklat dikategorikan sebagai warna yang pelik dan buruk, tetapi warna coklat sesuai dipadankan dengan semua jenis warna perabot. Anda boleh memilih perabot berwarna putih, hitam coklat dan sebagainya. Bilik akan tenang dengan warna bumi ini. Tidak perlu runsing memikirkan hiasan yang berat, cukup dengan barang yang asas akan memberikan suasana yang menarik dan nyaman.

Ungu

Tahukan anda warna ungu mampu menyembuhkan tekanan kerana membantu menenangkan saraf otot. Pilihan warna ungu akan menampakkan bilik lebih luas, elegan dan romantik. Tidak kira tona apa pun yang anda pilih, jika dikenakan dengan susunan perabot minimalis yang rapi ia akan membangkitkan kualiti dan keselesaan anda semasa tidur.

Hijau

Jika anda seorang yang sukakan flora dan fauna, warna hijau adalah pilihan warna yang tepat. Pilih warna hijau yang lembut seperti warna pokok-pokok agar anda merasakan seolah berapa di sebuah taman dan pastinya warna tersebut tidak menyakitkan mata anda. Alangkah seronoknya setiap pagi anda bangun dari tidur dalam suasana taman yang indah. Warna hijau lebih santai dan memberikan semangat. Selain itu, suasana bilik akan menjadi selesa dan harmoni.

Setiap warna pada dinding bilik akan mengubah dan menjadikan suasana bilik berbeza-beza. Ia turut juga mempengaruhi mood anda untuk melakukan tugasan dan aktiviti seharian. Apakah pilihan warna bilik anda?

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.