Sudah Terbiasa Dengan Kehidupan Yang Tidak Aktif. Tips Mengamal Dan Memulakan Cara Hidup Yang Sihat


Bila bercakap soal bersenam dan pengamalan cara hidup sihat, ia merangkumi 2 perkara iaitu aktiviti seharian anda dan juga cara pemakanan atau diet semasa. Jika anda perasan ramai di antara kita mula mengalami masalah kenaikan berat badan pada usia selepas zaman persekolahan atau kolej. Hal ini kerana cara dan amalan aktiviti seharian dan juga faktor pemakanan yang berubah drastik. Sudah ramai yang mencuba untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Namun masih gagal dan tidak menemui formula yang berkesan.

Apa yang harus dikukan bagi memulakan cara hidup yang sihat?

Adakah bersukan 2 kali seminggu dan tidak mengambil kandungan karborhidrat dalam pemakanan sudah memadai untuk kembalikan berat ideal anda? Tak bahaya ke macam tu?

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda cara-cara yang akan membantu anda mendapatkan berat ideal dengan cara yang sihat dan berkesan.

Periksa tahap kesihatan

Faham-faham sahaja lah bila umur dah kian dewasa, bekerja pula di pejabat. Pagi petang masa dihabiskan dalam bilik berhawa dingin dengan stress kerja yang bertimbun, asal stress je keluar makan itu ini. Balik kerja badan dah penat nak berehat saja di rumah. Memang la berat badan anda semakin meningkat.

Jika anda sudah tinggal lama aktiviti bersukan dan bertekad untuk memulakan cara hidup yang sihat. pertama sekali anda harus periksa tahap kesihatan. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Jangan mulakan aktiviti bersukan yang berat dan mendadak. Bayangkan jantung anda dah terbiasa dengan keadaan anda yang suka santai dan berehat, tetibe anda push aktiviti yang melampau di luar kemampuan anda. Pasti ia akan memberi kesan negatif terhadap tahap kesihatan dalaman.

Dan perubahan cara hidup yang drastik juga akan mempengaruhi emosi dan melunturkan semangat akan untuk berubah. Mulakan perubahan secara berperingkat mengikut tahap kemampuan anda.

Jangan lupa lakukan regangan badan sebelum dan selepas bersenam
Pelbagai aktiviti dapat dilakukan seperti larian padang, main futsal, main badminton dan sebagainya. Apa yang penting sebelum anda memulakan aktiviti bersukan, pastikan anda melakukan regangan badan terlebih dahulu. Hal ini kerana untuk memastikan otot anda dalam keadaan bersedia dan tidak mengalami kekejangan semasa atau selepas waktu bersukan. Jangan samakan stamina anda yang sekarang dengan 10 tahun yang lepas. Ianya pasti berbeza dan tahap ketahanan otot anda juga berbeza. bak kata orang, "kayuh pelan-pelan bro, nanti okay lah".

Kawal berat pemberat yang anda pilih

Rata-rata orang dewasa memilih untuk pergi ke gym bagi melakukan senaman oleh kerana keadaan tempat yang lebih selesa dan tiada masalah untuk dilakukan semasa musim hujan. Yela kan di gym siap ada bilik sauna, tandas dan changing room yang selesa untuk menukar pakaian, juga peralatan yang lengkap dengan trademill dan pemberat. Suatu perasaan yang teruja bagi memulakan aktiviti di tempat yang baru. Tetapi perlu anda ingat bahawa jangan terikut-ikut dengan tahap kemampuan ahli-ahli lain yang ada bersenam sama di dalam gym tersebut. Mungkin mereka dah lama bersukan di situ dan mampu melakukan akviti dan mengangkat pemberat yang lebih berat dari anda. Jadi anda perlu memulakan aktiviti yang kurang bebanan.

Andai anda ingin buat aktiviti yang melibat dengan pemberat, gunakan pemberat bawah jumlah 10kg, biasanya minimum 4kg untuk wanita manakala untuk lelaki adalah 6 kg ikut kemampuan. Hal ini bagi mengelakkan tisu otot anda koyak atau over pressure.

Senaman yang berbeza

Bagi mengelakkan anda merasa bosan dalam melakukan aktiviti bersukan, Anda boleh mencampurkan pelbagai jenis akviti dalam jadual harian agar anda tidak merasa bosan. Tetapkan di jadual pada hujung minggu pertama aktiviti badminton, manakala pads hujung minggu kedua aktiviti futsal dan seterusnya. Dengan cara ini membuatkan jadual aktiviti anda akan jadi lebih menarik untuk dilakukan. Perkara yang sama boleh juga anda implikasi atau terap dalam rutin diet pemakanan, yela kalau hari-hari diet makan ayam sahaja pasti membuatkan anda merasa jemu dan putus semangat. Cuba pelbagaikan manu diet anda dan pastikan jadual anda konsisten.

Makan sebelum anda bersenam

Tenaga dan waktu pemakanan amatlah penting sebelum memulakan sebarang aktiviti. Pastikan anda tidak terlepas waktu makan pagi sebelum memulakan kerja harian,  begitu juga dengan bersenam. Jika anda set untuk bersukan pada waktu malam, pastikan anda mengambil meal pemakanan sejam sebelum waktu anda bersukan. Hal ini bagi memastikan anda bertenaga dan mempunyai stamina yang cukup bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku. Jangan lupa untuk kerapkan meminum air masak supaya organ dalaman berfungsi dengan sempurna.

Oleh itu, jangan terkejar-kejar atau cuba memulakan aktiviti bersukan secara mendadak. Kehidupan yang sihat harus dilakukan dengan konsisten dan secara berperingkat. Semoga anda terus istiqomah ingin mengubah cara kehidupan ke arah yang lebih baik. Selamat beramal.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.