Suka Orang Selesa Dengan Kita, Ini 5 Ciri Yang Perlu Ada Dalam Diri

Orang selesa dengan kita

Ada orang mungkin tidak menganggap betapa pentingnya pandangan orang lain terhadap diri mereka. Tidak kiralah jika melibatkan keperibadian yang tidak baik, tidak sopan, beremosi, dan sebagainya ia bukanlah perkara besar bagi mereka. Walau bagaimanapun, ini berbeza bagi sebilangan orang lain.

Bagi anda yang merasa suka apabila ramai orang senang dengan anda malah suka membina hubungan baik dengan sesiapa sahaja maka ada beberapa perkara yang perlu anda biasakan. Berikut adalah lima daripadanya.

Anda Mesti Mengenali Diri Anda Terlebih Dahulu

Apa sahaja yang ingin anda capai dalam hidup, ingatlah bahawa perkara pertama yang harus anda lakukan ialah mengenali diri anda sendiri. 

Seterusnya anda juga perlu menerima dan merangkul semua kekuatan dan kelemahan anda. Hanya dengan cara ini anda dapat meningkatkan potensi dan mengurangkan kekurangan anda.

Jangan Murung

Kemurungan mudah mengubah mood hanya kerana sesuatu yang diluar kawalan kita. Hanya kerana murung ia mampu untuk membuat banyak orang merasa enggan mendekati anda. 

Tanpa sedar, anda akan menyebarkan tenaga negatif. Inilah yang membuat orang tidak selesa. Kurangkan mood moody anda.

Elakkan Mencampurkan Urusan Peribadi Dengan Kehidupan Seharian Anda

Contohnya, anda rasa kecewa dengan pasangan anda di rumah, maka semasa bekerja, anda meluahkan rasa kekecewaan kepada rakan pejabat.

Elakkan mencampurkan urusan peribadi dengan kehidupan seharian anda. Sekiranya terdapat masalah dengan orang tertentu, berkomunikasi dengan mereka yang berkenaan. Jangan luahkan perasaan marah disituasi yang tidak betul.

Jadilah diri sendiri dan tidak perlu berpura-pura

Sejak pertama kali bertemu dengan seseorang, jadilah siapa diri anda. Sekiranya memang anda ceria dan senang berbaur, mungkin sedikit malu pada mulanya itu adalah semula jadi. 

Tetapi tidak perlu malu untuk berhadapan dengan orang lain. Anda adalah diri sendiri dan itu menjadikan anda unik.

Nikmati setiap saat dengan penuh kesyukuran

Tenaga positif akan terpancar ketika kita menikmati setiap detik kehidupan dengan rasa syukur. Apa pun yang berlaku, apa sahaja komen negatif yang kita dengar, jika kita dipenuhi dengan tenaga positif, tidak ada yang akan mempengaruhi mood kita. 

Oleh itu, kita sentiasa dapat memberi respons positif kepada sesiapa sahaja. Hasilnya, ramai orang akan senang berada disekitar kita.