Susah Nak Berhenti Merokok?. 5 Cara Efektif Untuk Bebas Dari Ketagihan Ini.


Bercakap mengenai rokok kita sedar bahawa ramai dikalangan rakyat Malaysia mempunyai masalah ketagihan rokok yang melampau termasuk dikalangan ahli keluarga terdekat. Kebanyakan dari perokok tegar mempunyai kesedaran bahawa tabiat merokok berbahaya tetapi masih sukar dalam menangani ketagihan untuk berhenti buat selamanya. Mereka juga kerap kembali kepada ketagihan sama setelah berhenti dalam beberapa tempoh yang lama,yang dikenali sebagai 'relapse' bagi orang yang mengalami masalah ketagihan.

Perlu kita sedar bahawa keinginan untuk berhenti merokok perlu keazaman yang jitu, displin dan cara yang betul supaya perubahan yang diinginkan kekal.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda 5 langkah yang efektif bagi membendung ketagihan merokok

Pilih tarikh yang sesuai

Manfaatkan kalendar dengan berhemah, kita mempunyai kalendar di telefon bimbit yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Gunakan kalendar sebagai satu 'tracking device' supaya segala usaha kita dapat dijadikan sebagai bukti. Secara tak langsung apabila kita mempunyai satu target,dan usaha itu menjadi lebih bermakna dan lebih mudah disusun atur dengan secara terperinci. Kita juga boleh masukkan tulisan kita pada setiap hari sebagai 'footnote' yang boleh dijadikan sebagai peringatan dan inspirasi pada hari akan mendatang. Sukses yang kita capai sendiri lebih bermakna bagi kita berbanding kejayaan orang luar.

Rakan yang membantu

Lihatlah rakan-rakan kita yang selalu berada bersama kita, apakah mereka tergolong dalam kalangan rakan yang mampu membantu kita dalam menangani masalah ketagihan ini atau sebaliknya.Jika mereka tergolong dalam perokok, maka jadikan mereka dalam team kita supaya mempunyai target yang sama.Wujudkan sikap mencabar sesama sendiri dalam mencapai target agar halangan itu menjadi lebih kompetitif.Sekiranya rakan kita tidak mampu untuk membuat komitmen yang sama maka langkah yang paling tepat adalah menjauhkan diri dari melepak bersama mereka dan elakkan 'social smoking'.Ini tidak bermakna kita memutuskan persahabatan, cuma elakkan berada disekeliling mereka semasa berlaku 'social smoking'.

Belanja diri sendiri sebagai hadiah

Self-Reward sangat berkesan dalam menyelesaikan target ini kerana manusia itu sendiri tidak boleh lari dari sikap ingin mendapat imbuhan dalam setiap perkara yang dilakukan.Contoh seperti kita bekerja sudah pasti akan ada imbuhan yang kita inginkan dalam tempoh tertentu, begitu juga dengan berhenti rokok.Belanja diri sendiri dengan cara apa sekalipun supaya kita lebih bersemangat untuk memcapai target.Gunakan duit yang biasa digunakan untuk membeli rokok kepada self.

Jaga Stress 

Kita juga sebenarnya perlu memiliki kemahiran dalam mengurus dan menjaga serta mengawal stress kerana ini penyumbang terbesar kepada seseorang itu kembali kepada tabiat merokok adalah tekanan stress.Lakukan apa sahaja yang mampu kurangkan tingkatan stress dan cari jalan lain yang dapat mengisi kekosongan waktu yang selalu diisi dengan merokok.Tidak perlu gantikan dengan perkara yang terlalu susah cukup dengan makan gula-gula dingin seperti 'mentos' yang mampu memberi impak berbeza.

Perkara yang membuatkan kita ingin kepada rokok

Cuba kita kenalpasti apakah waktu dan masa yang paling ketara yang kita ingin pada rokok atau istilah digunapakai 'craving'.Menjadi kebiasaan bagi seorang perokok tegar menginginkan rokok setelah selesai makan.Biasa kita lihat di suasana kenduri ramai perokok akan berkumpul berbual sambil merokok setelah selesai makan.Maka mengenalpasti keadaan dan waktu yang menjadi punca kepada keinginan akan membantu kita dalam menangani ketagihan ini dengan lebih berkesan kerana setelah selesai waktu singkat itu, kita akan hilang keinginan.Bagi mereka yang ambil tahu tentang masalah ketagihan mereka akan dapat mengenalpasti ketagihan mempunyai faktor yang hampir sama.

Oleh itu, setiap perkara yang kita ingin lakukan bergantung kepada berapa teliti dan tahap kesusahan dalam membuat perancangan.Sekiranya perancangan itu terlampau susah untuk kita lakukan ia akan membantutkan proses seterusnya akan membawa kepada kegagalan.Maka penting untuk kita membuat perancangan yang boleh diterima dari segi waktu dan beberapa faktor lain dalam mencapai target. Mustahil untuk kita sebagai perokok tegar selama bertahun-tahun untuk berhenti dalam masa sehari, perlu ada kadar penurunan yang tidak drastik.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.