Tak Boleh Tidur? Apa yang Perlu Dibuat dan yang Perlu Ditinggalkan


Salah satu perkara pertama yang dikatakan oleh doktor tidur kepada pesakit insomnia adalah bangun dari tidur jika anda tidak dapat tidur. Perkara terburuk yang boleh anda lakukan apabila anda tidak dapat tidur adalah baring di atas katil dan berusaha memaksa diri untuk tidur. Tetapi anda tidak dapat melakukan sesuatu yang merangsang diri anda untuk tidur. Jadi apa yang anda perlu lakukan?

Buat Ini

Buat Hobi yang Mengambil Masa untuk Siap: Adakah anda bermain alat muzik, menjahit, atau suka melukis? Semua aktiviti ini boleh memberi impak yang rendah dan sesuai dibuat ketika anda tidak dapat tidur. Setiap kali anda merasa bosan, mengantuk dan sedia untuk tidur, hentikan apa yang anda lakukan dan terus tidur.

Jangan Buat yang Ini

Menghadap Skrin Sebelum Tidur: Netflix, Whatsapp, Instagram dan banyak aplikasi lain mungkin menghiburkan anda tetapi tidak akan membantu anda untuk tidur. Komputer, telefon ,televisyen dan tablet memancarkan cahaya biru, yang dapat mengatur semula otak anda dan membuat tubuh anda berfikir bahawa sudah waktunya untuk bangun. Menghadap skrin tv atau telefon pada waktu malam adalah salah satu perbuatan yang membuat anda tidur lewat yang paling biasa dilakukan.

Buat Ini

Baca Sesuatu yang Membosankan: Mungkin anda mempunyai buku atau majalah yang selalu anda baca, tetapi dengan serta-merta hilang minat pada saat anda membaca setengah halaman. Cuba baca majalah atau buku yang membosankan itu bila anda terlepas jam tidur anda. Mungkin ianya membantu untuk anda menguap dengan lebih kerap.

Jangan Buat yang Ini

Baca Sesuatu yang Mendebarkan atau Cerita yang Menarik: Apa sahaja yang anda lakukan, jangan baca buku atau novel apabila anda tidak boleh tidur. Lagi lagi yang suka baca komik atas katil. Tak sedar dah pukul empat subuh. Sekiranya anda berminat dengan politik atau bola sepak, jangan baca mengenai subjek tersebut. Dan ingat, jangan sesekali lakukannya pada telefon anda!

Buat Ini

Buat Kerja Rumah yang Tak Berat: Bilakah kali terakhir anda mengemop lantai atau mengemas rumah anda? Selagi anda melakukan perkara ini dengan santai dan tidak berpeluh, anda mungkin akan merasa mengantuk dan sedia untuk tidur dalam masa yang singkat.

Jangan Buat yang Ini

Bersenam: Terdapat salah paham yang umum bahawa anda boleh memenatkan diri dengan bersenam. Walaupun ini dapat berlaku untuk latihan di siang hari, melakukan senaman pada waktu malam sama seperti minum secawan kopi. Jangan bersenam pada waktu malam atau anda tidak akan dapat tidur.

Apa yang anda lakukan apabila anda tidak dapat tidur? Cuba share di ruangan komen.