Tambat Hati Lelaki Dalam Masa 7 Hari Agar Lebih Rapat Dengan Anda.


Ketika anda mengenali seorang lelaki, hati anda berdegup kencang. Jangan biarkan perasaan yang luar biasa ini berlalu sahaja. Tambat hati lelaki tersebut dalam masa 7 hari agar lebih dekat dengan anda.

Ketahui anda wahai wanita bahawa lelaki bukanlah makhluk yang sukar untuk dipikat hatinya. Dengan sedikit godaan, mampu membuatkan hati seorang lelaki terus terpikat. Ketahui 7 cara menambat hati lelaki dalam masa seminggu.
Hari 1.

Buat hubungan mata sekarap yang boleh pada hari ini bagi mendapatkan perhatiannya. Jika si dia sudah terpesona dengan pandangan anda, dan sudah berjaya mencuri sedikit hatinya.

Hari 2.

Ceritakan serba sedikit tentang diri anda wahai wanita. Pastikan apa yang anda ceritakan adalah perkara yang menyenangkan seperti hobi dan apa yang anda suka.

Hari 3.

Buat si dia semakin tertarik dengan anda melalui pesanan ringkas (SMS) ataupun chatting.

Hari 4.

Lihat akaun Facebook atau social media yang digunakan oleh si dia. Lakukan aktiviti ini secara senyap. Lihat bagaimana dia dengan kawannya sekali gus anda boleh tahu apa yang disukainya.

Hari 5.

Ajak dia keluar. Jika bukan untuk keluar makan, anda boleh ke suatu tempat yang anda dan dia suka.

Hari 6.

Selepas seharian keluar bersama, jangan terus hubungi si dia. Biar dia yang terlebih dahulu hubungi anda.

Hari 7.

Selepas seminggu anda dekat dengannya, bila dia mengajak anda keluar lagi ini bermakna untuk mengenali anda dengan lebih dalam lagi.