Tanda Bahawa Lelaki Sudah Jatuh Hati Pada Wanita. Mungkin Si Dia Dikalangan Kawan Anda


Bila bercakap topik cinta dan perasaan. Teringat dengan ayat dari mata turun ke hati dan mulalah terbit rasa cinta. Iyanya Satu perasaan yang indah dirasai setiap pasangan yang sedang dilamun cinta.

Biasanya bila bercakap soal cinta pasti si perempuan akan malu-malu segan. Lebih-lebih lagi bila nak meluahkan yang dirinya telah mula jatuh hati pada seseorang. Pasti si perempuan akan mengharapkan si lelaki tersebut yang memulakan langkah meluahkan perasaannya terlebih dahulu. Bukan apa, takut bertepuk sebelah tangan. Macam biasalah kan, lelaki lah yang mesti mulakan langkah terlebih dahulu untuk menawan hati wanita.

Tapi, adakah anda tahu apakah tanda-tanda jika lelaki sudah mula jatuh cinta pada pada anda?,
Sebenarnya anda boleh kenal pasti melalui gerak geri atau bahasa tubuh si dia. Jika dah tahu yang si dia sebenarnya sukakan anda, barulah mudah untuk anda memulakan langkah menambat hatinya.

Di sini kami ingin berkongsi antara tanda-tanda bahawa lelaki mula jatuh hati pada anda.

Memerhati

Bila si dia selalu curi-curi pandang atau memerhati anda sambil tersenyum-senyum bermakna si dia mula tertarik dan ingin menatap wajah anda setiap masa. Ianya sebagai isyarat tanda perkenalan pertama dan cara si dia mengenal bahasa tubuh anda. Waktu ni, jangan pula anda tergedik-gerdik dan nampak over tau. Jaga perilaku dan tutur kata.

Mengusik dan bergurau kasar

Si dia yang suka pada seseorang perempuan kebiasaanya akan lebih gemar  mengusik dan bergurau kasar. Itu tanda yang mereka sebenarnya mencari masa untuk sentiasa tarik perhatian anda. Dengan cara itu, si dia dapatlah menyakat anda dan cuba menjadikan hubungan semakin rapat.

Orang pertama yang hadir bila anda perlukan bantuan

Si dia sanggup buat apa sahaja jika anda minta tolong. Tak kira la sama ada tolong angkat barang-barang anda atau memudahkan urusan seharian anda Ini kerana untuk mengambil hati anda disamping menunjukkan dirinya mengambil berat tentang diri anda. Patutlah sanggup buat apa sahaja, asalkan dapat buat anda tersenyum dengan kehadirannya.

Menafikan perasaan

Tanda paling jelas sekali ialah bila kawan kawan dia yang mula mengejek-ngejek atau cuba kenenkan korang berdua. Anda dapat lihat riaksi wajah si lelaki tu boleh buat selamba. buat tak tahu macam tak ada apa apa yang berlaku, atau muka dia jadi malu malu dan semacam suka dengan gurauan itu .

Halang anda dari bergaul dengan lelaki lain

Si lelaki akan cuba sedaya upaya untuk menjauhkan anda dari lelaki lain. Jadi kalau anda sedang bergurau atau berborak dengan lelaki lain tiba-tiba dia mencelah, menyampuk atau ajak lelaki itu pergi tempat lain agar tiada lelaki lain yang dapat mengalih perhatian anda darinya. Itu tandanya dia tidak mahu melihat anda berkawan dengan lelaki lain selain dirinya. Bila dah wujud perasaan suka dan cinta, pasti si dia akan merasa cemburu jika ada mana-mana lelaki lain yang cuba menghampiri anda.

Oleh itu, jika situasi ini terjadi dan berlaku pada diri anda, dan si lelaki tersebut juga merupakan orang yang anda suka dan minati, usah tunggu tunggu lama-lama, nanti kalau dia dah jadi milik orang, anda pula yang rasa kecewa dan hampa, melepas macam tu je. Cepat-cepatlah luahkan padanya tentang perasaan anda. Mungkin si dia merupakan jodoh anda kelak.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.