Tanda Kawan Anda Cemburu Dengan Anda Dalam Diam


Kita semua pasti mempunyai kawan, tetapi persoalannya adakah kawan kita itu betul kawan atau hanya ingin mengambil kesempatan dengan kita? Palsu? Selalunya kawan sejati ni tidak akan pernah rasa cemburu dengan kita, tetapi kawan yang palsu perasaan cemburu mereka akan membuak buak jika mereka nampak kita lebih berjaya daripada mereka.
So, macam mana nak tahu jika kawan kita itu cemburu dengan kita? Adakah tanda-tanda yang jelas untuk dapat memberitahu kita bahawa persahabatan kita tidak sekuat dulu? Jangan risau, Ini tanda yang kita boleh nampak pada kawan yang cemburu terhadap anda.

Semasa Anda Sedang Berjaya, Dia Berpura Pura Gembira

Sekiranya anda perasan yang kawan anda bertindak menjauhkan diri dan tidak memberi tindak balas yang baik terhadap perkara baik yang berlaku kepada anda, itu adalah tanda yang jelas bahawa dia cemburu dengan anda. Anda juga dapat melihat cemburu dia dengan apa yang akan diucap olehnya setelah kejayaan anda. Dia mungkin tidak akan bercakap banyak dan apa yang dia katakan tidak akan menyayat hati langsung.

Dia Nilai Segala Perbuatan Kita

Sekiranya kawan asyik menghalang dan menidakkan anda untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan, itu bermakna dia cemburu dengan anda. Dia mungkin memikirkan betapa berjaya dan mengagumkan anda dan mahu jadi seperti anda juga.
Dia bukanlah kawan terbaik jika dia tidak dapat mengatasi masalah dalam hidupnya kerana kamu akan selalu menjadi orang yang dia akan salahkan apabila keadaan tidak memihak padanya.

Bersikap Posesif Dan Taknak Berkongsi

Apabila kawan baik anda tetiba bersikap posesif, itu bermaksud yang dia tidak merasa senang dengan hidupnya dan akan menyalahkan anda.
Dia hanya mahu menggunakan barangannya untuk dirinya sendiri dan taknak berkongsi apa-apa dengan anda lagi. Sebaliknya, anda masih mahu meminjamkan pakaian dan kasut anda kepadanya kerana itulah maksud kawan yang sebenar.

Tak Supportive Macam Dulu

Ingat tak dulu ketika anda berdua selalu memberi sokongan antara satu sama lain, tetapi semuanya tiba-tiba berubah. Dia bukan lagi kawan yang sama yang sentiasa menyokong sepanjang hidup anda.
Sekarang dia sentiasa menilai anda untuk semua perkara yang dilakukan dan tak mahu lagi bersama anda ketika menghadapi kesusahan dalam hidup anda.

Memberi Nasihat Yang Buruk

Kawan yang cemburu terhadap anda dengan sengaja akan memberi anda nasihat yang buruk supaya anda tidak berjaya dalam apa yang anda lakukan. Dia bertindak sedemikian kerana dia ingin menjadi lebih baik daripada anda dan cara yang mudah untuk bersaing dengan anda. Ini jelas merupakan tanda bahawa dia cemburu dengan anda dan ingin menjatuhkan anda.

Walaupun anda sudah lama menganggap dia sebagai kawan baik, mungkin sudah tiba masanya untuk berfikir sebaiknya dan berhati-hati dalam memilih kawan.