Tanda-Tanda Awal Jika Anda Menghidap Penyakit Diabetes. Ketahui Lebih Awal!


Walaupun penyakit ini tak terkenal, diabetes masih menjadi salah satu penyakit berbahaya dan merupakan pembunuh senyap. Penyakit ini perlu diketahui lebih awal agar anda dapat mengamalkan gaya hidup yang seimbang. Walaupun pesakit diabetes masih dapat bertahan, jika dibiarkan penyakit ini dapat merebak ke organ lain dan menyebabkan penyakit baru. Ini adalah tanda tanda awal penyakit diabetes.

Cepat Dahaga dan Kerap Buang Air Kecil

Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah sangat bahaya jika tidak dibuang dengan segera. Salah satu cara badan kita untuk membuang kandungan gula adalah dengan mengeluarkannya melalui air kencing. Kerap keluar air kencing menyebabkan badan cepat mengalami dehidrasi yang biasanya diikuti oleh rasa dahaga yang berlebihan kerana jumlah air yang keluar. Tetapi masih ada lagi orang tidak menyedari yang mereka mempunyai diabetes.

Rabun

Salah satu ciri lain anda menghidap diabetes ialah penglihatan anda menjadi kabur. Ini kerana cecair yang terkumpul di mata anda ketika gula darah naik menjadikan anda rabun. Namun sedemikian, selagi anda menjaga tahap gula dalam darah, pasti cecair ini tidak akan mengganggu penglihatan anda.

Luka Susah Nak Sembuh

Tahap gula yang tinggi akan menyuburkan bakteria kerana bakteria memerlukan gula untuk metabolisme. Ini akan menyukarkan pesakit diabetes untuk sembuh ketika cedera atau lebam. Tahap gula yang tinggi dapat melemahkan sistem kekebalan tubuh badan sehingga menyukarkan luka untuk sembuh dan pelbagai jenis penyakit dapat menyerang tubuh.

Penurunan Berat Badan Secara Mendadak

Gula darah yang tinggi tidak dapat diubah menjadi tenaga kerana ketiadaan insulin dan reseptor insulin rosak. Biasanya lemak di dalam badan akan digunakan sebagai alternatif untuk dijadikan tenaga. Oleh itu, pesakit diabetes akan mengalami penurunan berat badan secara mendadak kerana simpanan lemak di dalam badan telah digunakan untuk metabolisme tubuh bagi menggantikan gula yang terdapat di dalam darah.

Nafas Berbau

Jika anda menghidap penyakit diabetes biasanya anda akan sering meludah. Apabila anda meludah, bakteria yang menyebabkan bau mulut akan tetap melekat pada mulut dan menyebabkan mulut menjadi berbau. Tambahan pula, pesakit diabetes itu akan sering mengalami proses ketosis, iaitu pemecahan tenaga dari lemak bukan glukosa yang menjadi penyebab mulut berbau.