Tempat-Tempat Cantik Dunia Yang Boleh Dikunjungi Pada Tahun 2021


Bumi kita mempunyai banyak tempat yang sangat luar biasa dan indah untuk dikunjungi. Dari keajaiban alam yang menakjubkan hingga struktur seni bina yang mengagumkan, kita diberkati dengan banyak lokasi yang menakjubkan di bumi ini. Akan tetapi, kita tidak ada masa dan duit untuk melawat kesemua tempat-tempat cantik itu semua. Oleh itu, jika anda ingin melihat pemandangan paling cantik depan mata sendiri, anda perlu pilih tempat yang paling anda hendak pergi dan buat jadikan masukkan kedalam bucket list anda. Kami di sini akan membantu anda, memilih tempat yang terbaik antara yang terbaik.

Santorini, Greece

Ia mungkin merupakan destinasi pelancongan yang biasa, tetapi tiada yang dapat tandingi bila bercuti di pulau cantik Santorini ini. Pulau ini terkenal dengan kampung Oia, dimana anda boleh melihat keunikan rumah bercat putih yang indah dan laut kobalt yang menakjubkan.

Amalfi Coast, Itali

Tebing yang curam, pemandangan pantai yang luas dihiasi dengan pulau-pulau kecil, dan perkampungan nelayan yang berwarna pastel yang menawan menjadikan Amalfi Coast sebagai contoh pemandangan lanskap Mediterranean yang luar biasa. Destinasi pelancongan yang popular ini adalah salah satu tempat paling indah di dunia.

Chamonix, Perancis

Chamonix, yang secara rasminya dikenal sebagai Chamonix Mont-Blanc, adalah sebuah kota dan kawasan peranginan yang terletak tinggi di atas pergunungan Alpen Perancis. Lokasi menakjubkan ini yang terletak berhampiran dengan Perancis, Switzerland, dan Itali, terkenal dengan permainan ski dan pemandangan yang indah.

Antarctica

Ada sebab mengapa Antarctica berada dalam senarai bucket list kebanyakan orang. Tempat ini mungkin sejuk, tetapi ia juga tersangat indah dengan pemandangan yang menakjubkan. Keindahan yang menakjubkan ini dapat mencuci mata anda dengan hamparan ais, air berwarna biru, dan penguin sebagai penghuni tetap tempat ini.

Arashiyama Bamboo Forest, Jepun

Hutan Buluh Arashiyama yang luar biasa di Jepun ini sangat digemari oleh pengunjungnya. Ruang yang tenang dengan tangkai hijau yang menjulang pasti akan menenagkan dan mengagumkan anda semasa anda berjalan dibawah hutan buluh ini.

Bagan, Myanmar

Terletak di tengah pusat Myanmar, Bagan adalah kawasan arkeologi dan kota kuno. Tempat yang menakjubkan ini adalah salah satu tempat tarikan dimana terletaknya kuil Buddha terbesar di dunia. Sebahagian besar kuil-kuil ini berasal dari abad ke-12 dan ke-11, yang memberikan pemandangan yang sangat indah pada masa lalu negara ini.

Venice, Itali

Antara semua bandar yang indah di dunia, bandar Venice adalah salah satu yang tercantik. Bandar yang dipenuhi dengan terusan yang menakjubkan serta seni bina yang indah ini adalah sangat mempesonakan dan tidak seperti tempat lain di bumi.

Benagil Sea Cave, Algarve, Portugal

Bahagian selatan Portugal dipenuhi dengan pantai dan gua yang luar biasa. Untuk melihat gua yang paling indah, pergilah ke Algarve dan lawatlah sendiri Benagil Sea Cave yang terkenal ini.

Blue Lagoon Island, Bahamas

Pulau peribadi yang indah ini menawarkan salah satu pantai terbaik di Bahama. Dari perairan biru kehijauan yang menakjubkan hingga pasir putih yang asli, Pulau Blue Lagoon adalah 'surga' bagi pelancong.

Great Barrier Reef, Australia

Terletak di pesisir Tropical North Queensland di Australia, Great Barrier Reef adalah makhluk hidup terbesar di dunia. Ia juga merupakan salah satu tempat paling indah di Bumi dan terdiri daripada ribuan terumbu karang dan ratusan pulau. Mempunyai 600 jenis karang, spesies ikan berwarna-warni yang tidak terkira banyaknya, dan pelbagai tumbuhan dan haiwan laut yang lain, tempat ini adalah tempat yang terindah bagi pelancong untuk menyelam dan snorkeling.

Kauai, Hawaii, USA

Kauai terkenal dengan pesisiran pantainya yang indah. Pulau ini juga merupakan tempat yang paling kerap hujan di bumi, menjadikannya surga tropika yang terbaik untuk aktiviti mendaki, berbasikal, berenang, dan menyelam.

Machu Picchu, Peru

Machu Picchu adalah destinasi yang paling banyak tersenarai pada bucket list pelancong dari luar negara. Selain sejarahnya yang luar biasa, benteng Incan, yang dapat dijumpai di Peru, juga memberikan pemandangan panorama yang indah untuk pelawat.

Maldives

Negara tropika di Maldives ini terletak di Lautan Hindi dan terdiri dari 26 pulau berbentuk cincin, dan mempunyai lebih dari 1,000 pulau karang. Negara Asia Selatan ini terkenal dengan pantainya yang indah, lagun biru yang menakjubkan, dan terumbu karang yang luas. Disebabkan itu, ia adalah destinasi yang menjadi kegilaan para pelancong dari seluruh dunia.

Zhangjiajie National Forest, China

Zhangjiajie National Forest adalah taman nasional yang terletak di Hunan, China. Lokasi yang menarik ini adalah Geopark Global UNESCO dan mempunyai puncak batu yang luar biasa. Puncak ini sangat unik sehingga bahkan berfungsi sebagai model dalam movie blockbuster sci-fi, Avatar.

Niagara Falls, Kanada

Air Terjun Niagara Kanada ini sangat terkenal dengan keindahannya. Oleh itu, jika lokasi ini belum ada dalam senarai bucket list anda, tambahkan segera. Air terjun yang menjulang tinggi, yang merupakan campuran antara tiga air terjun, adalah sangat menakjubkan untuk dilihat dari atas dan bawah.

Cliffs of Moher, Ireland

Anda mungkin pernah nampak Ireland Cliffs of Moher ini dalam movie seperti Harry Potter and the Half-Blood Prince dan The Princess Bride. Nampak indah bukan? Tetapi jika anda melihatnya sendiri di depan mata, ianya nampak lagi indah dan menakjubkan.

Northern Lights

Walaupun sebenarnya ianya bukan "tempat", Northern Lights adalah salah satu pemandangan paling indah untuk dilihat dari Bumi. Juga dikenali sebagai Aurora Borealis, Northern Lights adalah hasil elektron yang bertembung dengan hamparan atmosfer bumi. Fenomena luar biasa dapat dilihat dari tempat-tempat di negara-negara seperti Norway, Sweden, Finland, dan Iceland.

Pamukkale, Turki

Kolam mineral travertine yang bertompok dan berwarna putih ini biasanya dikelilingi oleh salji dan air terjun yang indah. Ianya terbuka untuk para pelancong yang ingin mandi di dalamnya.

Paris, Perancis

Sekiranya anda lebih menyukai pemandangan bandar, pergilah Paris. Ibu kota Perancis ini mempunyai jalan raya yang indah, seni bina yang menawan, dan mercu tanda yang menakjubkan. Sudah tentu, budaya dan sejarah yang indah di bandar ini juga menarik minat pelancong luar negara.

Petra, Jordan

Petra adalah tempat bersejarah yang menakjubkan di Jordan yang menakjubkan dan mengagumkan anda dengan seni bina nya. Kota ini mempunyai kuil dan makam yang luar biasa yang diukir terus ke tebing batu yang berwarna merah jambu.