Tengah Pening Macam Mana Cara Lembutkan Hati Isteri, Boleh Cuba 7 Cara Ini.


Tapi, perlu diingat juga, kemarahan ni jika tak dikawal akan menggugat keharmonian rumah tangga. Sebenarnya bila isteri tengah marah, si suami perlu bijak memainkan peranannya dalam mengawal keadaan. Dalam erti kata lain, pujuk isteri yang tengah marah tu.

Tengah pening macam mana caranya, apa kata korang cuba 7 cara untuk lembutkan hati isteri tengah marah.

MINTA BANTUAN LUAR

Jika korang dan pasangan bertikam lidah sampai tak bertegur sapa antara satu sama lain, korang perlu mencari jalan keluar dengan mencari orang tengah bagi menyelesaikan masalah korang berdua tu.

Biasanya, kemarahan ni berpunca daripada tekanan hidup pada masa lampau ataupun si isteri tidak mampu untuk mengawal emosi dengan sebaiknya.

BEKERJASAMA DAN BERSIKAP ADIL

Wanita sememangnya sukar difahami dan kadangkala kuat beremosi. Sifat pemarah yang kadang terluah apabila korang tidak berlaku adil kepadanya, kurang hormat, atau rasa terbeban.

Oleh itu, sebagai pasangannya, korang kena lebih berhati-hati dengan tindakan dan tuturkata ketika melayaninya dan berlaku adil dengannya, hormat-menghormati antara satu sama lain dan paling penting ringan-ringankanlah tangan tu membantunya buat kerja rumah. Mana la tahu kemarahannya reda.

TENANGKAN DENGAN KATA-KATA YANG LEMBUT

Kadang-kadang sikap amarah ni berpunca daripada perasaan terluka. Mungkin ada kata-kata korang tu mengguris perasaanya. Oleh itu, setiap kali si isteri marah-marah, korang kena sabar dan ungkapkan kata-kata yang lebih lembut bagi menenangkan emosinya.

Jangan pula korang mengejek, dan memperkecilkan dirinya pada saat dirinya tengah naik hantu, nanti lagi haru.

BERI PERHATIAN

Lelaki ni seringkali tak ambil pusing dan kurang beri perhatian apabila si isteri sedang berbicara dengannya. Si isteri nak bercerita, si suami pulak sibuk dengan game dia. Jika berterusan sebegini, korang akan berperang dengan isteri.

Percayalah, kemarahan mereka pasti meluap-luap apabila reaksi yang diharapkan dari korang menjadi hambar seterusnya merasakan dirinya tidak dihargai lagi. Oleh itu, korang letak tepi dulu phone tu, kemudian beri perhatian bila si dia sedang bercakap dengan korang.

JANGAN MEMBALAS

Sebaiknya apabila pasangan korang sedang marah, cuba korang berdiam diri dulu. Jangan cuba membalas, biarpun sejuta alasan korang guna untuk membela diri dengan membalas kata pedas isteri korang tu akan menambahkan lagi api kemarahannya.

So, tahan la ye. Biarkan dia meluahkan segala yang ingin diluahkannya.

JADI RAKAN YANG BAIK

Dalam ramai-ramai, korang adalah insan terpilih untuk hidup bersama dengannya. Jadi, hargailah isteri tu dengan sebaiknya. Jadikanlah dia sebagai teman dan rakan baik korang buat selamanya.

Fahami dan terima isteri dengan seadanya. Mana la tahu akan mengubah sedikit sebanyak kemarahannya tu.

BERI MASA UNTUK PROSES BERTENANG

Sekiranya pasangan anda tengah marah, berikanlah sedikit ruang dan masa secukupnya untuk proses bertenang. Memberi ruang tidak bermaksud anda menjauhkan diri daripadanya.

Langkah menjauhkan diri daripadanya akan membuat pasangan anda berkecil hati seterusnya membawa diri. Oleh itu, berikanlah dirinya masa agar dia mampu menilai sendiri dan buruknya sikap itu.

Kalau semua cara tak jalan jugak, ada satu lagi jalan terakhir. Cara ni kinah confirm, isteri korang tak marah dah. Caranya korang bagi isteri tu hadiah. Hadiah yang macam mana tu, terpulang. Semoga lepas ni isteri korang tak marah dah hehhe. Good luck ye.