Terasa Lemak di Badan Semakin Menambah? Ikuti 2 Cara Mudah Ini untuk Menurunkan Berat Badan


Satu kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam Journal of Consumer Research telah menemui dua cara agar minda anda menipu anda untuk makan lebih banyak (atau kurang) tanpa anda sedari.

Biarkan Pinggan Mengawal Portion Makanan Anda

Bila cerita pasal kurang makan, para penyelidik telah lama mengetahui bahawa cara mudah untuk mengurangkan kalori adalah dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil. Dalam satu eksperimen yang dilakukan oleh Brian Wansink dari Cornell University dan Koert van Ittersum dari Georgia Institute of Technology, didapati bahawa pertukaran dari pinggan 12 inci ke pinggan 10 inci mengakibatkan penurunan kalori sebanyak 22%. Dengan mengandaikan makan malam dalam 800 kalori, perubahan sederhana ini akan mengakibatkan penurunan berat badan lebih dari 4.5kg selama satu tahun.

Wansink dan van Ittersum telah menyimpulkan bahawa pinggan yang lebih kecil menyebabkan kita kurang makan kerana ilusi optik yang kuat yang dikenali sebagai Delboeuf Illusion. Ilusi itu berfungsi kerana otak kita menganggap sesuatu benda itu nampak kecil jika kita bandingkan dengan sesuatu yang lebih besar.

Sekiranya anda meletakkan makanan portion kecil pada pinggan besar, fikiran anda akan memberitahu anda bahawa anda memakan portion yang kecil dan anda secara automatik akan meletakkan lebih banyak makanan di pinggan tersebut. Namun, jika anda meletakkan makanan yang sama di atas pinggan kecil, fikiran anda akan memberitahu anda bahawa anda memakan portion besar makanan dan secara automatik berhenti tambah makanan.

Delboeuf Illusion telah terbukti berfungsi untuk pelbagai bentuk, termasuk kotak, segi empat tepat, dan segitiga. Dengan kata lain, tidak kira apa yang anda makan, fikiran anda masih akan bermain helah kepada anda jika ianya berkaitan dengan saiz makanan dengan pinggan anda.

Pilihan Warna yang Menjadikan Hidup Mudah

Ukuran pinggan anda bukanlah satu-satunya perkara yang menentukan berapa banyak yang anda makan. Wansink dan van Ittersum telah mengetahui bahawa warna pinggan anda juga penting.

Kedua dua penyelidik itu melakukan eksperimen di mana mereka memeriksa hubungan antara warna pinggan dan saiz hidangan. Para penyelidik mengarahkan satu kumpulan peserta untuk menghidangkan pasta yang telah dicampurkan dengan sos tomato merah dan kumpulan kedua untuk menghidangkan pasta yang telah dicampurkan dengan sos Alfredo putih. Setiap orang diberi pinggan putih atau pinggan merah gelap secara rawak.

Para penyelidik mendapati bahawa apabila warna pinggan peserta sepadan dengan warna makanan mereka, mereka mengambil hampir 30% lebih banyak makanan. Dengan kata lain, jika anda makan pasta dengan sos tomato merah di atas pinggan merah gelap, anda memakan hampir 30% lebih banyak daripada menggunakan pinggan putih. Perkara yang sama berlaku pada yang makan pasta dengan sos Alfredo putih di pinggan putih berbanding dengan pinggan merah gelap.

Sebab di sebalik perbezaan ukuran saiz makanan yang drastik ini adalah kerana apabila warna makanan anda adalah sama dengan warna pinggan anda, maka jumlah makanan yang anda nampak tidak begitu besar. Hasilnya anda akan meletak lebih banyak makanan ke pinggan anda.

Perbezaan warna pinggan dengan warna makanan yang lebih tinggi secara automatik akan menghalang anda daripada menambah makanan ke pinggan. Ini terjadi bukanlah sesuatu yang anda fikirkan terlebih dahulu, fikiran anda hanya terus memberitahu anda yang apa yang ada letakkan di pinggan anda sudah cukup untuk anda makan. Anda tidak perlu lagi berfikir panjang kerana warna pinggan membantu minda anda membuat keputusan untuk anda.