Terasa Tersisih Bila Lepak Dengan Member? Ini Cara Untuk Membuat Kawan Tidak Cepat Bosan Dengan Kita


Pernahkah anda melihat orang yang selalu kelihatan lebih disukai dan mudah didekati? Agak sukar untuk dikatakan mengapa sesetengah orang suka bergaul dengan kita, dan sesetengah orang yang benci langsung taknak bergaul dengan kita. Ianya mesti bersebab. Pada yang suka dengan seseorang itu, mungkin kerana orang itu jenis yang kelakar, mungkin juga kerana akal dia yang tajam, atau mungkin juga dia mempunyai aura untuk disenangi bila ada bersama. Tetapi para saintis pada umumnya tidak berpuas hati dengan jawapan seperti itu, dan mereka telah bertahun-tahun berusaha untuk menentukan faktor yang tepat yang menarik minat seseorang.

Selalu Bertanya

Tak kisahlah apapun pertanyaan kita, pastikan kita sentiasa bertanya, agar kawan sekeliling kita tahu akan kehadiran kita. Kadang orang yang suka bertanya soalan ni selalu disukai. Adalah fitrah manusia untuk membantu dan menolong sambil berkongsi apa yang kita tahu pada kawan yang memerlukan. Apabila seseorang kelihatan memerlukan pertolongan kita, kita cenderung lebih menyukai orang itu kerana kita merasa jawapan yang kita berikan itu sangat membantu.

Menjadi Pendengar Yang Setia

Kadang kala, berkomunikasi secara berlebihan membuat orang berasa selesa. Tetapi penting juga untuk berhenti seketika dan dengar. Komunikator yang baik menarik nafas sekali-sekala! Orang yang disukai selalu menjadi pendengar yang ingin tahu untuk mempelajari perkara baru.

Kelakar

Agak sukar untuk membenci seseorang yang lawak atau yang mempunyai hidup yang sentiasa riang. Biasanya, orang yang paling disukai adalah mereka yang dapat membuatkan orang lain tak kering gusi dengan percakapan dan perbuatannya. Sampaikan suasana yang serius pun boleh bertukar menjadi meriah.

Jangan Terlalu Serius

Orang yang serius pada dasarnya adalah seseorang yang mementingkan diri sendiri kerana mereka hanya mementingkan masalah peribadi mereka sahaja. Orang yang sangat disukai oleh kawan kawan adalah mereka yang dapat mengetepikan kebimbangan mereka dan bergaul dengan kawan seperti biasa.