Tidak Mudah Terpengaruh Dengan Orang, Ini 5 Tanda Jika Anda Salah Seorang Darinya

tanda tidak mudah terpengaruh

Mempunyai personaliti diri merupakan satu kelebihan yang perlu ada dalam diri. Lebih-lebih lagi dengan dunia yang semakin kejam seperti sekarang mudah menjadikan sesiapa yang lemah dijajah begitu sahaja. Jangan biarkan kita menjadi salah satu mangsa kejahatan orang lain hanya kerana kita tidak pandai mempertahankan diri.

Bagi anda yang mempunyai lima tanda di bawah ini, anda dijamin tidak mudah terpengaruh apatah lagi ditindas oleh orang lain. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut janganlah bertindak kejam terhadap golongan yang lemah sebaliknya pertahankan mereka supaya tidak ditindas. 

Berani Untuk Berkata Tidak
Mempunyai keberanian untuk menolak dan mengatakan tidak kepada orang lain adalah bentuk ketegasan yang hanya dimiliki segelintir orang. Berprinsip dan tahu apa yang dikehendaki dan tidak diingini dalam hidup adalah sesuatu yang baik dan anda perlu membiasakannya. 

Tidak perlu merasa terganggu dengan pendapat orang lain, asalkan anda percaya itu semua untuk kebaikan, maka tidak ada masalah bukan?

Tiada Sifat Perlu Selalu Menyenangkan Orang Lain
Orang yang tidak mudah terpengaruh juga tidak pernah merasa mereka harus menyenangkan orang lain. Apa sahaja keputusan hidup yang diambilnya adalah hasil pemikiran murni untuk kebaikan bersama atau kebaikannya sendiri. 

Baginya, hidup hanya untuk membahagiakan orang lain adalah satu bentuk yang sia-sia.

Mempunyai Jiwa Berdikari Yang Tinggi
Orang seperti ini juga mempunyai jiwa bebas yang tinggi. Dia bukan jenis orang yang suka bergantung pada sesiapa. Melakukan segala-galanya sendiri telah menjadi kebiasaan dalam dirinya.

Sentiasa Abaikan Perkara Yang Tidak Penting
Tidak peduli terutama pada perkara yang tidak penting seperti apa yang orang katakan, juga merupakan salah satu sifat orang yang tidak mudah terpengaruh.

Mereka yang tidak mudah terpengaruh selalu buat tak tahu dengan sembang-sembang kosong dan mengabaikannya. Oleh itu mereka tidak mudah terpengaruh atau merasa sedih hanya kerana apa yang orang lain katakan.
 
Degil dan Berkeras
Sikap keras kepala sering dianggap negatif oleh sebilangan orang. Sekiranya berlebihan, sifat yang satu ini memang boleh membuat kita dijauhi. Namun, jika ia dapat digunakan dan dikondisikan dengan baik, kedegilan dapat membantu kita, terutama untuk mengelakkan kita dari pelbagai ugutan oleh orang lain.

Menjadi orang yang tidak mudah terpengaruh ini tidak semestinya kuat secara fizikal. Hati dan fikiran yang penuh dengan prinsip dan tidak mudah makan dengan apa yang dikatakan oleh orang lain juga membantu.