Tidak Perlu Ke Agensi Pelancongan Membuat Tempahan Percutian, Ini 5 Travel Apps Memudahkan Percutian Anda.


Bercuti hari ini semakin mudah terima kasih kepada teknologi. Tidak perlu lagi untuk ke agensi pelancongan untuk membuat tempahan. Semua boleh dilakukan hanya di hujung jari sahaja. Travel apps yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar akan bisa mengatur dan memudahkan semua percutian.

Walalupun waktu ini, sedikit demi sedikit ada antara kita yang sudah mula melancong (dalam negeri kerana sempadan kita masih belum dibuka disebabkan pandemik Covid-19), mungkin setelah keadaan dunia pulih nanti dan ramai akan travel full force, apa kata lengkapkan telefon pintar kamu dengan 5 Travel Apps yang berguna untuk memudahkan percutian.

Trabee Pocket

Antara faktor yang paling penting sewaktu bercuti ialah bajet. Dengan Trabee Pocket, kamu boleh nampak aliran wang keluar masuk justeru memudahkan kamu bercuti sesuai dengan bajet yang kamu tetapkan. App ini juga akan membantu kamu menukar matawang tanpa perlu kamu bertukar-tukar laman web untuk tahu berapa banyak yang telah kamu belanjakan. Bebelan kamu tentang kewangan mungkin takkan berkurang dengan app ini tetapi akan membuatkannya lebih senyap dan kamu akan lebih bertanggungjawab dengan tabung kewangan kamu. Android | iOS

Free Now

Senang kan kalau kita boleh tekan beberapa butang dalam app dan teksi muncul di depan kita? FREE NOW (dulu dikenali sebagai myTaxi) menyediakan kemudahan ini dengan faedah tambahan di mana kamu boleh memanggil drebar teksi sebenar yang tertakluk dengan peraturan kerajaan dan tidak sama sekali terlibat dengan label ‘kontraktor bebas’. Kamu juga boleh pilih untuk bayar tunai tanpa penalti.

App ini hanya tersedia di Eropah waktu ini di sembilan negara tapi ia tentunya memberi saingan kepada ride-hailing apps. Android | iOS

HomeAway Vacation Rentals

Ini umpama alternatif kepada Airbnb tetapi lebih fokus kepada sewaan melancong. App ini memiliki lebih banyak penginapan unik untuk didiami seperti istana bersejarah atau kediaman pantai dengan pemandangan hebat. Ini bermaknan kamu boleh kawal stail penginapan kamu dan boleh pilih yang mana kamu suka. Kalau kamu guna HomeAway, memang akan jaranglah kamu menginap di rangkaian hotel atau apartmen. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Android | iOS


Citymapper

Ini antara travel apps yang berguna untuk pengembara. Walaupun buat masa ini ia memiliki skop yang terhad. Hanya lebih kurang 40 kota sahaja yang dipetakan dalam aplikasi ini buat masa ini. Kebanyakannya hanya kota-kota sekitar A.S dan Eropah. Tetapi andai kata kamu berada di salah satu kota ini, app ini boleh memudahkan kamu untuk bergerak dalam kota. Sistem pengangkutan awam juga diintergrasikan dalam app ini. Lengkap dengan peta dan masa ketibaan dan pelepasan.

Program kongsi kereta dan motosikal juga dimasukkan dalam perancangan perjalanan kamu. Kamu tak ada data di lokasi percutian kamu? Usah risau. Fungsi offline app ini cukup lengkap untuk mengelakkan kamu sesat. Paling tidak pun, kamu hanya akan sampai lambat sedikit sahaja berbanding jika kamu online. Android | iOS

Guides by Lonely Planet

Lonely Planet sememangnya peneraju dalam dunia panduan mengembara hampir 50 tahun, menunjukkan kekuatan syarikat penerbitan ini. Mereka juga sudah berubah daripada cetak kepada digital dengan sempurna. Laman web mereka ialah sumber hebat untuk merancang jadual melancong dan Guides by Lonely Planet app adalah versi mobil panduan yang sama tetapi boleh juga digunakan offline. Ini app yang boleh kamu berikan kepada sesiapa sahaja sebelum kamu tinggalkan mereka di kota asing tanpa jadual yang dirancang tetapi trip mereka akan berjaya. Ia juga bagus untuk pengembara yang spontan. Android | iOS