Tips Untuk Mengambil Gambar Yang Cantik Dan Terbaik, Seperti Professional Photographer, Dengan Hanya Menggunakan Telefon Anda


Buat apa beli telefon mahal-mahal dengan kamera berpixel tinggi, jika tak reti untuk menggunakan semaksimumnya?

Anda mungkin bertanya pada diri sendiri "mengapa saya harus mengambil gambar dengan telefon saya?" Menurut data dari Skyword, sebuah syarikat Boston yang mengkhususkan diri dalam pemasaran kandungan, jika anda seorang 'content creator' atau penulis artikel, kandungan pengisian anda yang mempunyai gambar akan menarik 'viewer' sebanyak 94% lebih banyak daripada pengisian tanpa gambar.

Sekiranya anda inginkan 'viewer' atau bakal 'follower' untuk singgah ke laman web atau laman sosial(Instagram, Facebook, Twitter) anda, anda harus mencuba memasukkan banyak gambar berkualiti tinggi kedalamnya.

Malangnya, kamera DSLR adalah sangat mahal dan mengambil masa untuk tahu 'trick' mengambil gambar menggunakannya. Jadi apa alternatif lain yang boleh kita guna? Telefon!

Rata-rata dari kita sudah pasti mempunyai telefon, dan boleh menggunakan aplikasi kamera. Sekarang yang hanya anda perlu pelajari adalah beberapa 'trick' dan latihan. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda mengambil gambar yang cantik dan terbaik dengan hanya menggunakan telefon anda.

Gunakan Gridlines

Gridlines membantu mengimbangkan gambar semasa mengambil gambar dengan telefon anda. Ini adalah salah satu kaedah termudah dan paling berkesan untuk meningkatkan kualiti gambar telefon anda.

Menghidupkan gridlines akan meletakkan garis pada skrin anda berdasarkan 'rule of thirds', iaitu prinsip komposisi yang menyatakan gambar harus dipecahkan menjadi tiga, samada secara mendatar(horizontally) atau menegak(vertically).

Menurut 'rule of thirds', jika anda memastikan subjek gambar anda sebaris dengan 'gridlines', gambar anda akan kelihatan lebih seimbang dan cantik untuk dilihat.

Ini cara untuk menghidupkan gridlines pada kamera iPhone:
  • Pergi ke 'Settings'
  • Pilih 'Photos & Camera'
  • Cari dan hidupkan 'Grid'
Ini cara untuk menghidupkan gridlines pada kamera Android:
  • Buka aplikasi kamera
  • Pergi ke 'Settings'
  • Pergi ke bawah dan cari 'gridlines', kemudian 'on' kan

Dekatkan Kamera Pada Subjek

Apabila anda menggunakan zoom digital kamera telefon anda, ianya akan mengakibatkan kehilangan banyak butiran terperinci subjek. Sebaliknya, cuba ambil beberapa langkah kedepan untuk lebih dekat ke arah subjek. Anda pasti akan merasa kagum bagaimana dengan hanya mendekati subjek gambar dapat membuat perbezaan yang ketara dari segi kualiti gambar.

Elakkan Menggunakan Filters

Menggunakan filters mungkin membuatkan gambar nampak lagi cantik, tapi ianya hanya gimmik sahaja. Daripada menggunakan filters 'pre-set' yang tersedia di telefon anda, lebih baik anda meng 'edit' nya sendiri.

Aplikasi seperti SnapSeed, Photoshop Express, dan iPhoto semuanya adalah sangat baik untuk meng 'edit' gambar anda tanpa menjejaskan kualiti gambar.

Pastikan Lensa Camera Bersih

Kamera telefon tidak mempunyai penutup lensa untuk melindunginya dari kotoran atau bekas cap tangan. Kotoran pada lensa kamera anda boleh menyebabkan gambar menjadi kabur.

Cuba Ambil Gambar Dari Sudut yang Pelik

Mengambil gambar dari sudut pelik boleh menghasilkan gambar yang cantik dan unik. Ini semua berdasarkan dari perspektif lain dan ianya memerlukan kreativiti anda.

Contoh ambil gambar seperti pandangan mata burung(bird's eye view) - untuk mengambil gambar seperti ini, anda perlu meletakkan diri anda di tempat yang tinggi. Anda boleh mencuba mengambil gambar dari atas bumbung, atau menggunakan tangga.

Bagaimana pula dengan teknik'reverse bird's-eye?' - untuk menangkap gambar seperti ini, anda mesti berbaring di belakang anda dan halakan kamera keatas.

Yang pasti, teruskan berlatih dan dapatkan gambar sudut pelik yang paling menarik, yang dapat menarik perhatian orang ramai.

Tak Perlu Hidupkan Flash

Sekiranya anda ingin mengambil gambar yang baik dengan telefon anda, jangan hidupkan flash.

Lampu LED ini dapat membuatkan gambar anda menjadi kabur jika anda mengambilnya kurang dari satu inci dari subjek, ianya juga menjadikan subjek bercahaya secara pelik (membuatkan orang nampak seperti mempunyai penyakit kuning) dan menjadikan mata berwarna merah.

Jadi apa yang anda perlu lakukan sekiranya keadaan gelap? Cuba cari sumber cahaya lain, dan jangan gunakan flash, melainkan anda ingin mengambil gambar Bigfoot atau gambar hantu.

Cahaya semula jadi adalah lagi baik dari cahaya buatan(artificial). Praktikkan kemahiran penggunaan cahaya jika anda inginkan gambar yang berkualiti.

Gunakan Butang Pada Sisi Telefon

Memusingkan telefon anda ke sisi memberi kelebihan tambahan - anda boleh menggunakan butang 'volume' sebagai butang mengambil gambar. Menggunakan butang sisi telefon adalah lebih baik kerana gambar yang diambil menggunakan butang pada screen telefon menjadikan gambar tidak seimbang.