Umur Masih Muda Tapi Muka Nampak Tua? Ini Tips Anti-Penuaan Yang Korang Boleh Ikuti


Setiap hari, kita terlibat dengan aktiviti yang dapat membuatkan kulit dan kesihatan kita terjejas, menjadikan kita nampak semakin tua. Dari makanan yang kita makan hingga cara mencuci muka, perbuatan yang nampak macam kecil ini akhirnya menjadikan kita lebih tua dari usia kronologi kita dalam jangka masa panjang.
Jadi, apa jalan penyelesaiannya? Sebelum anda mula menghabiskan banyak duit untuk membeli setiap pil dan ramuan yang meragukan di farmasi, ketahui apa yang profesional tahu tentang cara untuk memastikan kita kekal muda dengan tips anti-penuaan yang diluluskan oleh doktor ini.

Berhenti dan Jangan Merokok

Sekiranya anda seorang perokok, jadikan ini sebagai alasan untuk korang berhenti. Selain daripada dapat mengurangkan peluang anda mendapat barah paru-paru atau penyakit jantung, merokok juga dapat merosakkan penampilan anda. Kebiasaannya merokok memberi kesan besar pada penampilan anda, menyumbang kepada penuaan kulit pramatang, kedutan, gigi berkarat, dan meningkatkan risiko psoriasis.

Makan Makanan Yang Mengandungi Vitamin B12

Makanan seperti kerang, daging, hati daging lembu, telur, dan susu mengandungi Vitamin 12. Vitamin ini membantu tubuh anda menghasilkan DNA dan sel darah merah, menyokong sistem imun anda, dan mendorong fungsi saraf yang sihat.

Makan Makanan Yang Ditapai (Fermented Foods)

Anda mungkin sudah tahu bahawa makanan seperti kimchi, tempe, dan makanan lain yang kaya dengan probiotik baik untuk usus anda. Ternyata ianya juga dapat memerangi penuaan pramatang.
"Makanan fermentasi mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang sangat baik," kata Craig Kraffert, MD, ahli dermatologi dan presiden Amarte.

Cukupkan Tidur Setiap Hari

Tidur yang tidak mencukupi boleh menjadi penyebab pelbagai masalah kesihatan, dari kemurungan hingga penyakit kardiovaskular. Pastikan anda landing atas katil lebih awal dari hari yang sebelumnya supaya badan dapat tidur dengan lebih lama dan nyenyak.

Jadikan Senaman Sebagai Keutamaan

Kita semua tahu betapa pentingnya senaman untuk kesihatan kita, tetapi bagi sebilangan daripada kita, menjaga rutin kecergasan yang konsisten boleh menjadi sukar untuk difahami. Salah satu kunci untuk tetap konsisten dengan bersenam adalah mencari aktiviti yang anda gemari, seperti berbasikal, bermain bola sepak, trekking hutan, memanjat gunung, dan lain lain. Cari sesuatu yang membuat anda teruja.

Kurangkan Pengambilan Makanan Yang Bergaram

Seperti yang kita tahu, makanan yang tinggi natrium (garam) menyebabkan badan kita mengekalkan air, menjadikan kita merasa berat dan kembung. Oleh itu, ianya tidak mengejutkan jika kita makan makanan yang terlalu masin boleh mencetuskan tindak balas yang serupa di wajah kita, memberikan penampilan yang bengkak (seperti contoh di bawah mata). 

Basuh Muka Sebelum Tidur

Kita tahu yang membasuh muka perlu dilakukan setiap malam, tapi kadangkala kita terlepas pandang kerana terlalu penat. Dan akhirnya kita skip setiap hari (ianya juga dapat meningkatkan peluang untuk bangun dengan pori-pori yang tersumbat). 

Kekal Terhidrat

Minum air secukupnya sepanjang hari dapat membantu menjaga kesihatan kulit kita dan kelihatan awet muda. Walaupun jumlah air yang kita perlukan bergantung pada ukuran dan tahap aktiviti kita, meminum air sepanjang hari dan tidak pernah membiarkan diri daripada haus adalah baik untuk kesihatan dan kulit kita.