Umur Yang Sesuai, Anak Remaja Cenderung Untuk Menjalikan Hubungan Cinta.


Waktu Sesuai Anak Anda Menjalinkan Hubungan Cinta?

Membesarkan anak merupakan satu proses seumur hidup yang mempunyai banyak peringkat. Setiap peringkat akan akan membuat anda merasa gembira dan berjaya di samping membawa perasaan tidak selamat. Sebagai ibu bapa seorang remaja, halangan yang paling biasa adalah apabila anak remaja anda sudah cenderung untuk menjalikan hubungan cinta. Setiap ibu bapa akan merasa anak mereka masih terlalu muda untuk bercinta.

Tetapi adakah terdapat satu tanda aras yang membenarkan anak remaja anda mula menjalin cinta?


Hubungan cinta yang bagaimana?

Zaman kini, kebanyakan kanak-kanak sudah mula terbuka tentang cinta. Tetapi, adakah kanak-kanak yang belum mencapai akil baligh memahami konsep bercinta yang sebenar? Anak lelaki anda yang berada di sekolah rendah mungkin sudah mempunyai teman wanita. Pada usia ini, anak anda mungkin memahami teman wanita atau teman lelaki sebagai orang yang mereka suka bermain ataupun bergaduh. Mereka masih belum memahami konsep bercinta sebenar dan mungkin menamakan hubungan mereka sebagai teman wanita atau teman lelaki kerana meniru irang yang lebih dewasa. Menjelang sekolah menengah, anak anda mungkin sudah mula menjalinkan hubungan intim yang lebih serius, sentiasa awasi pergerakan mereka.

Umur yang sesuai

Seiring dengan peredaran masa, fizikal dan mental anak anda akan mula berubah corak. Hormon, interaksi sosial atau perasaan ingin mengetengahkan diri mereka adalah perubahan yang menyebabkan anak anda ingin melangkah keluar daripada zon selamat yang anda cipta. Mereka akan mempunyai kemahuan untuk melakukan aktiviti yang berbeza untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Berbalik kepada umur yang seusai untuk bercinta, tiada satu umur yang ditetapkan kerana setiap remaja adalah berbeza.


Adakah umur memainkan peranan penting?

Umur sebenarnya tidak memainkan peranan penting apabila berbincang tentang cinta. Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tugas anda untuk membiarkan mereka menentukan sendiri sama ada mereka sudah bersedia atau tidak. Setiap kali anda berbincang dengan anak anda berkaitan cinta, jawapan mereka adalah penting untuk mengetahui sama ada mereka sudah bersedia atau belum. Jika mereka sudah bersedia, mereka berbincang dengan anda tanpa perasaan tidak selesa. Tapi jika mereka mula menunjukkan perlakuan tidak selesa seperti marah atau melenting, mereka sebenarnya menunjukkan tanda bahawa mereka belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta.

Anak anda sudah boleh mula bercinta sekiranya mereka sudah yakin dan bersedia untuk mengambil tanggungjawab dan tekanan. Jika anda rasa kurang selesa dengan kedewasaan anak anda, berbincanglah dengan mereka tentang perasaan anda di samping memberikan mereka sokongan dan perhatian anda. Mereka akan rasa lebih bersyukur jika anda memberikan nasihat dan dorongan daripada anda.