Walaupun Katanya Sayang, Ini 7 Tanda Yang Dia Sebenarnya Tidak Memahami Anda

tanda sebenarnya dia tak memahami

Pasangan yang sudah berkahwin tidak hanya bergantung pada perasaan cinta. Masih banyak faktor lain yang menyokong keutuhan dalam rumah tangga.

Komunikasi dan saling memahami adalah perkara yang mesti ada dalam perkahwinan. Apabila dalam rumah tangga selalu bertengkar, selalu ada perdebatan juga dapat membuat perasaan pasangan menjadi pudar.

Perasaan sayang dan cinta tidak bermakna dia benar-benar memahami. Berikut antara tanda diperlakukan oleh si dia tanpa sedar menunjukkan sikap yang tidak mahu memahami diri anda. 

Tak Jadi Pendengar Yang Baik
Anda tidak akan dapat memahami seseorang dengan segera kecuali dengan menjadi pendengar yang baik. Sekiranya pasangan anda tidak boleh menjadi pendengar yang baik sudah tentu dia tidak dapat memahami anda.

Tidak kira betapa dia mencintai anda, jika dia tidak dapat menjadi pendengar yang baik dan tidak dapat mendengarkan anda, tentu dia tidak dapat memahami anda.


Tiada Hubungan Emosi
Perkahwinan yang baik dan bahagia adalah pasangan yang selalu bersama, selalu menyentuh pasangan mereka dan dekat dengan emosi. 

Jika dia mengabaikan anda maka jelas dia tidak dapat memahami anda.


Tidak Mengenal Emosi Anda
Sudahlah tak pandai mengenal emosi anda, tambah lagi bila anda rasa tersakiti oleh dia dan dia menyedarinya, reaksinya tidak melakukan apa-apa walaupun dengan meminta maaf. 


Cuba Mengubah Anda
Pasangan yang saling memahami akan menerima dengan apa adanya dan tidak akan mengubah diri anda sesuai dengan keinginanannya. 


Suka Mengabaikan
Ketika pasangan anda dalam keadaan marah, dia sering mengabaikan anda tanpa sebarang notis sehingga buat anda tertanya-tanya. Walaupun cuba untuk bertanya, dia hanya diam seribu bahasa. 


Susah Terima Pendapat Orang Lain
Siapa yang tidak memahami anda dia tidak akan menerima pendapat anda. Sebenarnya dia selalu mahu menang sendiri dan merasakan dirinya betul.


Suka Kritik Setiap Pilihan Anda
Pilihan dan pandangan yang berbeza dengan pasangan adalah perkara biasa, tetapi apabila pasangan anda selalu mengkritik pilihan anda, dia mungkin tidak dapat memahami anda.