Wanita Akan Fikir Bukan-Bukan Kalau Lelaki Tak Telefon, Ini Sebab-Sebab Lelaki Jarang Menelefon.


Setiap pasangan yang bercinta pastinya ingin selalu mahu pasangan mereka sentiasa berada di sisi dan tidak mahu berjauhan meskipun hanya seminit.

Tapi orang lelaki bukan sama seperti orang perempuan yang sentiasa mahukan perhatian sepanjang masa. Wanita merupakan makhluk yang sangat sensitif, bagi mereka apabila teman lelaki tidak menelefon atau menjawab panggilan telefon, wanita akan mula berfikir yang bukan-bukan.

Wanita mula rasa pasangan mereka curang atau tidak serius dalam perhubungan.

Sebab-Sebab Lelaki Jarang Menghubungi Anda :

Menjaga Kebebasan Diri

Orang lelaki ni lebih pentingkan kebebasan mereka, bagi mereka terlalu kerap menghubungi pasangan mereka umpama menyekat kebebebasan diri mereka sendiri. Dan orang lelaki tidak suka menelefon pasangan mereka sehari suntuk dan melaporkan aktiviti harian yang mereka lakukan kepada pasangan setiap masa.

Tidak Suka Sekadar Berbual Kosong

Wanita kena faham orang lelaki ni tidak suka membuat panggilan semata-mata untuk berbual kosong semata-mata.

Bayangkan jika selang tiga atau empat jam kamu menelefon teman lelaki dan berbual dengannya hanya semata-mata ingin mengetahui apa teman lelaki kamu buat dan ulang soalan yang sama tiap kali pasangan menelefon pasti dirinya akan berasa bosan dengan perbualan kosong macam tu.

Lebih Suka Berkomunikasi Secara Bersua Muka

Jika ada hal yang perlu dibincangkan atau ingin dibual, orang lelaki ni lebih suka bersemuka dan berkomunikasi secara depan-depan. Orang lelaki ni lebih bersifat visual di mana mereka lebih senang berkomunikasi secara bersua muka di mana mereka dapat melihat wajah wanita yang mereka cintai di depan mata.

Jika kamu berharapkan kata-kata manis diucapkan menerusi panggilan telefon hmm, bukan nak kata tak ada orang lelaki mengucapkan kata-kata manis sebagai halwa telingan untuk kamu, ada cuma ia akan kedengaran seperti tidak ikhlas.

Jadi bagi orang lelaki baik kata-kata itu diucapkan secara berdepan. Dan apa jua hal atau isu yang ingin dibincangkan lebih baik bincang dan berkomunikasi secara depan-depan.

Buat Panggilan Sekali Sekala

Kamu pasti dapat lihat betapa bezanya jumlah teman lelaki kamu mesej kamu dalam masa sehari berbanding membuat panggilan telefon untuk menelefon kamu dalam masa sehari bukan. Ya, mereka lebih banyak menghantar mesej berbanding menelefon.

Bukan nak kata orang lelaki suka mesej, mereka rasa lebih cepat dan mudah bermesej jika kamu sendiri 24 jam asyik ingin mengetahui aktiviti diri mereka. Selain itu, orang lelaki ni akan membuat panggilan kepada kamu tapi bukanlah sekerap diri kamu sendiri.

Jadi korang jangan fikir bukan-bukan sangat, dalam perhubungan kamu dan pasangan perlu jelas apa yang kamu mahukan. Biar hubungan berjalan secara natural, InsyaAllah hubungan akan bertahan sehingga ke jinjang pelamin.