Wanita Sememangnya Terkenal Dengan Sifat Yang Suka Membebel, 4 Tips Menanganinya.


Wanita sememangnya terkenal dengan sifat yang suka membebel, tak kiralah yang bujang ke ataupun yang dah berumahtangga ke.. Mungkin ramai suami yang mengalami situasi seperti ini dan ada yang ambik pendekatan tersendiri.. Tapi adakah si suami membiarkan isterinya terus menerus membebel ataupun berusaha cari penyelesaian apakah punca dia membebel. Kita sebagai suami kena banyakkan bersabar.

Tapi jaga-jaga, seandainya isteri tuan-tuan semua dah mula diam daripada membebel, tuan-tuan berada di paras kritikal, jadi selesaikanlah dengan cepat.

Tip ini akan bantu tuan-tuan semua untuk menangani situasi isteri yang suka membebel.

1. Jadi pendengar yang baik 

Suami adalah orang yang paling rapat dengan isteri. Jadi tak salah jika tuan-tuan jadi pendengar yang baik untuk isteri. Sebagai contoh, tanyakan dia tentang perjalanan hariannya di rumah ataupun di pejabat. Seorang isteri pasti akan lebih tenang dan rasa suami cuba memahami dirinya apabila suami sanggup mendengar luahan hatinya. Mungkin dia ingin berkongsi tentang sikap anak-anak atau tentang masalah di pejabat. Sebagai suami isteri, sepatutnya kita kena saling mendengar permasalahan masing-masing. Jangan sampai salah seorang daripadanya mencari 'orang luar' sebagai tempat meluahkan perasaan. Ini boleh membuka ruang untuk berlakunya kecurangan dalam rumah tangga.. Jadi berhati-hatilah.

2. Bertenang dan cuba fahami 

Apabila isteri membebel, suami kena bersabar dan tenangkan diri. Jangan meluahkan perasaan marah awak kerana ianya boleh menjadi punca pertelingkahan lebih besar.  Lebih baik tuan-tuan berdiam diri dulu dan bertenang. Salah satu punca isteri membebel kerana dia tertekan dengan keadaan sekeliling, tak kiralah sama ada dia merupakan seorang suri rumah mahupun ibu yang berkerjaya. Kadangkala bebelannya itu hanya sekadar untuk melepaskan tekanan dalam dirinya saja. Jadi bawak bertenang yea.

3. Fahami keadaan isteri 

Penting untuk suami memahami dan peka dengan keadaan diri isteri. Kadangkala isteri membebel kerana dia penat. Sudah lah penat kerja di pejabat, balik rumah terkejar-kejar nak memasak dan menjaga anak-anak. Takde salahnya jika suami turut mengambil tugas bersama-sama, sebagai contoh, jika isteri sibuk masak di dapur, si suami tolong jaga dan uruskan anak-anak. Bila dah kurang penat, jadi kuranglah risiko untuk isteri membebel. Sama jugalah jika isteri seorang suri rumahtangga. Janganlah kita menyangka yang surirumah tak sibuk di rumah, memandangkan dia tak bekerja. Sebaliknya, lagi banyak 'kerja' yang perlu diuruskan di rumah sehinggakan diri sendiri tak sempat nak urus. Jadi tak salah jika tuan-tuan balik dari kerja, bantulah isteri apa yang patut seperti bancuhkan susu untuk anak atau masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Pertolongan yang kecil ini sebenarnya amat besar bagi si isteri. Bila hati isteri 'sejuk' jadi takdelah dia nak membebel lagi. Mungkin isteri akan melayan tuan-tuan dengan lebih lagi daripada biasa.

4. Tegur dengan berhemah 

Orang perempuan sememangnya penuh dengan emosi dan mereka akan keluarkan kata-kata dengan penuh emosi dan perbuatan yang diluar jangkaan bila tidak lagi dapat menahannya. Namun ada masanya bebelan mereka akan menjadi keterlaluan. Hal yang remeh temeh pun boleh jadi bahan bebelan yang berpanjangan. Jika begitu, sikap ini perlu ditegur, tapi dengan cara yang berhemah. Elakkan marah-marah dengan isteri dan kalau boleh selitkan dengan nada gurauan. Pasti isteri tuan-tuan akan kembali tersenyum.. Yang paling penting, nak tegur isteri tue, biarlah hanya berdua saja dengan isteri tanpa ada anak-anak, dan bincanglah di dalam bilik tidur kerana di situlah kemesraan akan kembali terjalin.