Wifi Rumah Tidak Stabil? Perkuatkan Signal Wifi Rumah Anda Dengan Mengikuti Cara Ini.


Signal wifi kadang boleh membuatkan kita frust. Anda mungkin menikmati isyarat wifi yang sangat kuat pada satu tempat, tetapi bila hanya bergerak beberapa langkah ke satu arah, pasti signal akan jatuh ke satu bar. Sifat rangkaian WiFi yang seolah-olah tidak boleh dipercayai mempunyai kaitan dengan kenyataan bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi prestasi signal wifi. Faktor yang mempengaruhi kekuatan signal wifi adalah seperti jarak router wifi, halangan seperti dinding rumah, gangguan signal frequency, kapasiti router, dan pengguna wifi yang ramai. So, sudah tiba masanya untuk mengetahui lebih dekat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memperbaikinya.

Pilih Tempat yang Baik untuk Router Anda

Ramai orang menyembunyikan router mereka kerana mungkin tidak sedap dipandang atau menghalang sesuatu benda, tetapi meletakkan router anda di almari atau di kabinet adalah tiket sehala untuk memperlahankan wifi kerana dinding dan pintu dapat mengurangkan dan menyerap kekuatan signal wifi. Cari lokasi terbuka di rumah anda dan letakkan router anda di atas meja atau rak buku.

Kerap Update Router Anda Secara Berkala

Firmware router anda adalah sistem operasi yang mengawal kekuatan signal wifi. Apabila anda mengemas kini(update) firmware router, anda akan mendapat peningkatan keselamatan dan ciri baru, contoh seperti isyarat yang lebih baik. Sekiranya anda gagal mengemas kini router anda, kemungkinan anda akan terlepas peningkatan operasi router yang dapat meningkatkan prestasi signal anda. 

Tukar Antena Router Kepada yang Lebih Baik untuk Meningkatkan Isyarat Wifi Anda

Tukar antena router anda juga akan membantu anda meningkatkan signal wifi anda. Banyak router wifi sekarang mempunyai antena yang lemah dan kecil. Dengan menggantikan antena kecil pada router anda dengan yang besar, anda akan mendapat signal yang lebih baik.

Tendang Keluar Pencuri Wifi

Wifi yang dienkripsi dan dilindungi kata laluan adalah suatu keharusan di zaman ini. Dengan lebih ramai orang yang bergantung pada wifi, keinginan untuk signal wifi yang terbuka dan pantas adalah benda yang dicari cari. Jangan fikir yang jiran anda tidak akan menggunakan signal wifi anda hanya kerana mereka mempunyai wifi mereka sendiri. Mungkin wifi mereka slow, dan akan memakai signal wifi anda.

Gunakan Wifi Extender / Repeater

Sama ada anda mendapat wifi extender atau wifi repeater, pada dasarnya ianya benda yang sama. Kedua dua benda ini dapat menguatkan signal wifi anda. Anda boleh mendapatkan repeater yang baik dengan harga bawah rm100. Ianya mudah dipasang dan hanya perlu menekan satu butang untuk meningkatkan signal wifi anda.