Jangan Salah Tafsir Maksud Diri Yang Positif. 4 Langkah Yang Anda Perlu Tempuh.


Biasa anda dengar ayat-ayat seperti be positive, spread good vibes, atau always stay positive?. Mungkin salah satu nasihat yang pernah anda dengar agar sentiasa bersikap positif dalam apa jua situasi pun. Kerana mempercayai jika kita sentiasa bersikap positif maka semuanya akan indah dan tiada masalah.

Hakikatnya, setiap orang pasti ada masalah dan halangan yang ditempuh dalam kehidupan. Adakah orang yang tidak pernah ada masalah?, jawapannya tak mungkin. Ada juga sesetengah orang memilih untuk mengabaikan atau ketepikan masalah. Mereka berfikir bahawa dengan cara tersebut perlahan-lahan masalah akan selesai dan lenyap. Ternyata cara berfikiran seperti ini adalah salah dan jangan dipraktikkan.

Ilmuan prikologi dari Harvard iaitu Susan David ada menjelaskan 4 langkah utama yang boleh anda lakukan ketika berhadapan dengan masalah yang rumit dan besar.

Hadapi masalah
Salah jika kita bertindak seperti kerap mengelak atau mengabaikan emosi dan cara berfikir untuk terus bersikap positif dalam menghadapi sesuatu masalah. Sebaliknya, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memilih untuk berani berhadapan dan memahami tahap kemampuan dan kadar anda.

Hal ini menunjukkan bahawa apakah  perkara itu benar atau salah, atau seharusnya tidak dilakukan atau harus dilakukan. Anda tidak akan ketahui kemampuan anda dengan menidakkan perkara tersebut bergitu saja.

Fahami masalah
Seterusnya apa yang harus dilakukan adalah untuk memahami masalah. Adakah masalah itu sekadar wujud dalam kotak fikiran anda atau ia diluar kemampuan anda. Seperti ada sesetengah orang apabila di ajak untuk bersukan, dia memberikan pelbagai alasan. Contohnya, pernatlah nak panjat itu ini disebabkan faktor berat dan sebagainya, sedangkan dia belum pun cuma melakukannya.

Menerima kekurangan diri
Walau apa pun yang orang cuba perkatakan tentang diri anda, hanya anda yang mengetahui diri anda yang sebenar. Anda yang menentukan setiap pilihan dan keputusan untuk kehidupan anda. Buat pertimbangan yang matang dan rasional mengikut kemampuan anda. Elak dari sesuatu perkara yang hanya memberi tekanan dan diluar kadar kemampuan.

Bertindak
Sikap agak-agak dalam berfikir akan membelenggu diri. Jika anda tidak berani untuk bangkit dan berubah untuk membuktikan kemampuan anda. Ia hanya merugikan anda.

Sikap agak-agak penting agar cara kita berfikir dalam bekerja dapat berjalan dengan baik. Tapi apa yang lebih penting adalah dengan tindakan. Keseimbangan itu perlu dijaga agar segala masalah yang anda tempuh mampu diselesaikan dengan cara terbaik.

Oleh itu, Jangan pilih untuk lari dari masalah kerana setiap masalah tidak akan lenyap dan hilang jika kita tidak menyelesaikannya. Tidak mengapa jika anda gagal dalam percubaan kerana ianya adalah proses pembelajaran untuk mengenal potensi dan dan kemampuan.